Erra Fazira nak kahwin
Erra Fazira nak kahwin
“Saya tak nak ‘single’,” kata penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira, 48, yang memberi bayangan masih ingin hidup berpasangan.
Ia susulan penyanyi Ziana Zain yang secara berseloroh meminta Erra untuk kekal solo ketika membuat persembahan pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi.
Erra berkata, dia menyerahkan soal jodoh itu pada ketentuan Allah SWT.
“Kenapa nak ‘single’ bila boleh berdua? Namun, jika Allah dah kata macam itu terima sajalah. Kalau ada peluang berdua kenapa tidak?” katanya kepada Harian Metro.
Pada majlis itu, Erra hadir ditemani anaknya, Engku Aleesya dengan berpakaian sedondon warna hitam.
Aleesya ketika ditanya sama ada dia bersetuju ibunya kembali hidup berdua, dia spontan menjawab tidak.
Dalam masa sama, Erra berkongsi turut mendapat jemputan ke majlis perkahwinan rakannya, Shahir Zawawi baru-baru ini.
“Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami orang. Semoga berkekalan hingga ke jannah. Minta maaf saya tak dapat hadir. Ada jemputan, tapi saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja,” katanya. HM
Erra Fazira nak kahwin
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD