Dafi pelik jadi askar

Dafi pelik jadi askar

Penyanyi dan pelakon, Dafi berasa pelik apabila ditawarkan berlakon dalam filem aksi ketenteraan, Malbatt Misi Bakara.

Dafi, 34, atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, peluang diberikan itu diterima dan anggap ia sesuatu yang berbeza selepas 15 tahun terbabit dalam bidang seni.



“Kalau cakap bab pelik, sebenarnya saya pun pelik. Saya dah 15 tahun dalam bidang ini, tak pernah terfikir berlakon menjadi askar. Jadi apabila dapat peluang ini, ia sesuatu yang berbeza.

“Orang dah biasa tengok sisi saya yang sama saja, remaja. Kali ini selepas 15 tahun dan agak lama macam tak keluar, jadi sekarang saya berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton,” katanya.

Dafi yang juga anak kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, status dimiliki itu bukan alasan dia ditawarkan berlakon dengan tujuan menggunakan namanya.

“Saya harap orang tak salah faham apa saya cakap, tapi saya tak pernah rasa ada apa-apa keistimewaan dan sebagainya. Kalau ada orang yang nak bagi saya peluang dan layanan istimewa tanpa saya minta, saya terima saja. Perkara itu bukan untuk saya nafikan, tapi saya patut bersyukur dan berterima kasih.



“Terima kasih kepada ayah saya sebab bekerja keras. Saya positif saja, kita tumpang sikit saja. Tak apa orang pandang negatif, sebab orang akan bercakap apa saja. Apa yang penting saya tak meminta-minta benda itu. Kalau orang nak bagi kita elok-elok, takkan nak kata jangan. Saya okay saja kalau sebab anak PM, sementara ada masa rebutlah peluang.

“Soal menggunakan saya, sebenarnya Adrian dah ada hubungan baik dengan tentera dari filem Paskal lagi. Saya dapat ‘job’ ini sebab saya berlakon dalam filem Ada Hantu, itu projek pertama saya dengan Adrian. Hubungan kerjasama kami dah ada. Mungkin dia rasa saya okay dan sebab itu panggil lagi,” katanya.

Selain Dafi, filem Malbatt Misi Bakara turut menampilkan lakonan Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G. HM

Dafi pelik jadi askar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker