Gagal hasut rakyat, kempen PN di PRK Kuala Kubu Bharu dijangka ‘makin menggila’

Kempen Perikatan Nasional (PN) di PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan semakin ‘menggila’ kerana serangan disasarkan mereka kepada kerajaan perpaduan tidak berhasil, dakwa Amirudin Shari.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, kempen pembangkang juga seperti berubah-ubah serta cuba memainkan sentimen membangkitkan kemarahan rakyat tanpa bukti dan fakta.

“Kalau jadi pembangkang tetapi bukan nak bangkang semua benda. Lihat sebelum penamaan calon, kemudian selepas penamaan calon kempen PN melompat-lompat, agaknya suka lompat parti.



“Mula-mula kata nak tukar kerajaan kemudian nada berubah, kata ekonomi Selangor dizalimi kerana keluarkan belanjawan defisit…dia main sentimen tak guna data,” katanya dalam ceramah mega perpaduan di Bandar Utama Batang Kali, malam ini.

Menteri besar Selangor berkata, sebaliknya kerajaan perpaduan tampil dengan kempen berbeza iaitu tawaran dan perancangan untuk pengundi Kuala Kubu Baharu.

“Jangkaan saya selepas mereka gagal, mereka akan makin menggila sebab apa…sebab mereka terpaksa menggila, mereka tak boleh ‘move on’ daripada kesilapan mereka lakukan.

“Merekalah yang bertanggungjawab mencipta ketidakstabilan politik. Bila kita pulih pelaburan masuk, kalau kestabilan ditunjukkan ini kita boleh bentang dasar perubahan tenaga…dasar baru perindustrian besar, dapat menarik pelaburan semikonduktor, mereka tiada benda lain terpaksa adakan alasan,” katanya.



Katanya, malah PN juga ibarat ‘gila talak’ apabila menyerang pihak mengadakan kerjasama dengan DAP seperti Umno dan PH.

“BN dah dua tahun bersama DAP tidak ada masalah pun. PN hala tuju tak tetap. Nak pergi mana tak tahu. Dia tahu ambil kesempatan, curi orang sini nak bentuk kerajaan. Itu timbulkan ketidakstabilan, hasilkan negara tak makmur dan wujudkan krisis.

“Sedangkan kita 18 parti bergabung untuk pastikan kestabilan kekal, orang boleh buat kerja, bekalan pulih, ekonomi kita tarik inilah masa depan rakyat sekarang,” katanya.

Dalam majlis sama, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata kenaikan gaji penjawat awam diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukti kejayaan kerajaan dalam tempoh dua tahun memerintah.



Katanya, lebih banyak pengumuman akan dibuat pentadbiran kerajaan yang berbaki lebih tiga tahun lagi.

“Ini kejayaan awal…kejayaan lain akan mendatang. Tiga setengah tahun menjelang pilihan raya kita akan umum kejayaan dari semasa ke semasa demi faedah rakyat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker