Selepas kontroversi akademik, Calon PN berdepan lagi dengan kontroversi hutang

Pemuda PH mencabar calon PN Khairul Azhari Saut untuk mengisytiharkan aset dan liabilitinya, susulan tular dakwaan dia menanggung hutang sebanyak RM37,363 dengan syarikat kredit komuniti.

Ketua Penerangan Pemuda PH Ammar Tan berkata Khairul Azhari perlu membuat pengisytiharan itu demi membersihkan namanya.

“Setelah kontroversi berkaitan kelayakan akademik, Khairul Azhari dikatakan pula berhutang dengan along. Malah dia telah mengelakkan diri apabila ditanya media mengenai dakwaan ini.



“Menurut Mufti Kelantan, amalan meminjam daripada along adalah berdosa dan tindakannya mengelak daripada menjawab merupakan gambaran bagaimana dia akan melayani pertanyaan rakyat Kuala Kubu Bharu kelak.

“Justeru, kami mencabar beliau mendedahkan aset dan liabiliti untuk untuk membersihkan namanya,” kata Ammar dalam kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Khairul Azhari mengelak untuk menjawab soalan itu ketika ditemui selepas satu ceramah PN di Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu.

“No comment (tiada komen), terima kasih. Saya perlu ke lokasi lain,” katanya ketika itu, seperti dipetik Berita Harian.



Sebelum itu, kelayakan akademik Khairul Azhari dipertikai apabila dia didapati melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana selepas memperoleh diploma pada 2019.

Bagaimanapun Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjelaskan dia memang memiliki sarjana eksekutif pengurusan perniagaan dari institusi pengajian tinggi berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Ahmad Johari Mohamad, berkata Khairul Azhari melanjutkan pengajian melalui program profesional melalui UMPSA Advanced dan menerima sarjananya pada majlis konvokesyen 2021.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker