Stesen minyak terbiar Salor berhantu

Stesen minyak terbiar Salor berhantu

Kisah seram melibatkan bekas tapak stesen minyak terletak di Salor, Kota Bharu, Kelantan kini hangat diperkatakan di media sosial.

Terdapat dakwaan mengatakan pernah terserempak beberapa kereta singgah ke stesen minyak tinggalan itu, kelihatan seolah-olah sedang membayar untuk mengisi minyak.

Pemilik Facebook Yusal Mastura Yusoff melalui satu hantaran berkata, hakikatnya stesen minyak tersebut sudah lama menghentikan operasi.

“Memang pelik bila lalu dua tiga kali tengok orang masuk macam tengah isi minyak sedangkan ia sudah tutup. Maghrib pun ada kereta masuk parking macam nak isi minyak.

“Ada kemungkinan orang jauh, kalau dekat semua tahu dah tutup. Seriau bulu roma,” katanya.

Hantaran tersebut menerima sebanyak 5,500 perkongsian dengan 4,400 komen, malah ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman.

“Dua minggu lepas baru pergi. Lepas isi tengok minyak tak naik. Pusing balik nak tanya tengok tak ada orang, duit ada saja di situ.

“Selepas itu, baru perasan stesen minyak tersebut terbiar. Apa lagi, pecutlah. Mula-mula pergi ada budak lelaki jaga kaunter,” ujar Yujie Mazlina.

“Sepupu saya terbabas depan stesen Salor ini ternampak benda melintas pukul 4 pagi. Nak elak tapi tak ada pun. Balik terus demam,” cerita Syaza Liyana.

Namun, perkongsian seorang netizen boleh dikatakan merungkai kisah misteri yang dikongsi Yusal.

“Itu kereta abang ipar saya. Setiap kali balik Pasir Mas kalau anak dia bergaduh dalam kereta, dia akan berhenti situ untuk takutkan anak-anak. Tak ada yang pelik pun jangan risau. Sekian melapor,” komen Snor Farhana menerusi perkongsian tersebut. K Online

Stesen minyak terbiar Salor berhantu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker