Pemuda Palestin ditembak rejim Zionis tewas selepas 5 hari bertarung nyawa

Selepas lima hari bertarung nyawa, seorang pemuda Palestin menghembuskan nafas terakhir hari ini akibat kecederaan parah ditembak tentera pengganas Israel ketika perobohan rumah di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengesahkan Hamad Mustafa Hussein Abu Jelda, 24, parah ditembak pasukan pendudukan Israel di kem Jenin pada Selasa lalu.

Menurut sumber keselamatan di Jenin, Hamad ditembak ketika serbuan tentera Israel ke atas kem untuk memusnahkan rumah Raad Hazem – yang didakwa membunuh tiga warga Israel di Tel Aviv.



Hazem melakukan tembakan di Jalan Dizengoff di Tel Aviv pada 7 April sebelum ditembak mati selepas pemburuan besar-besaran dilakukan.

Bapanya, Fathi dan abang, Hamam kedua-duanya menjadi individu dikehendaki Israel.

Petisyen keluarga Hazem untuk menghalang perobohan telah ditolak oleh mahkamah Israel pada 30 Mei.

Aktivis hak asasi manusia berkata, dasar Israel merobohkan rumah yang disyaki penyerang adalah hukuman kolektif kerana ia menyebabkan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal.



Bagaimanapun, Israel mendakwa amalan itu berkesan dalam menghalang rakyat Palestin daripada melakukan serangan.-  Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker