Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres

Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres

SABAN waktu terperuk di pejabat menyiapkan tugasan kerja mahupun menguruskan hal keluarga di rumah, sekali sekala pastinya anda memerlukan waktu rehat untuk menenangkan fikiran.

Tidak semestinya perlu terbang jauh untuk bercuti, apa yang paling penting, lokasi serta tempat penginapan mestilah menjanjikan suasana yang aman, tenang dan selesa.



Sudah terlalu biasa bercuti di hotel atau vila, mengapa tidak sesekali mencuba pula bercuti di kampung dan merasai sendiri pengalaman serta kehidupan sebenar masyarakat desa.

Apatah lagi kini terdapat ratusan homestay atau kampungstay berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac), yang menawarkan penginapan beserta pengalaman merasai suasana kampung kepada para pelancong.

Apa itu homestay dan kampungstay?

Homestay menawarkan penginapan kepada pelancong untuk bermalam di rumah mereka sendiri dan menawarkan pakej aktiviti bersama tuan rumah, atau biasanya disebut ‘keluarga angkat’.

Sementara itu, kampungstay pula konsepnya seakan-akan homestay tetapi pelancong berpeluang tinggal di unit rumah atau chalet secara sendirian.



Matlamat homestay ataupun kampungstay bagaimanapun adalah sama, bagi membolehkan pelancong atau pengunjung menyelami budaya masyarakat di kawasan tersebut.

Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tempatan, seperti merasai pengalaman menoreh getah, memancing, bersawah, menganyam tikar, membuat kuih tradisional dan macam-macam lagi.

Tak perlu pening kepala ‘scrol’ mencari lokasi ‘best’, di sini mStar membantu anda dengan menyenaraikan pilihan homestay dan kampungstay yang patut dikunjungi.



Salah satu aktiviti yang ditawarkan dalam pakej menginap di homestay atau kampungstay iaitu menganyam bakul.

1) Homestay Kampung Relau, Kedah

Homestay Kampung Relau dikelilingi dengan bukit-bukit hijau dan suasana kampung tradisional yang mendamaikan dan menjadi tarikan utama kepada pelancong tempatan dan asing.

Dahulunya dikenali sebagai Kampung Paya Semambu, kampung ini mula terkenal di peringkat antarabangsa bermula pada tahun 1999.

Seramai 29 peserta mengambil bahagian untuk menjadi tuan rumah bagi Homestay Kampung Relau. Antara pakej aktiviti yang ditawarkan di homestay ini seperti bermain permainan tradisional (sepak raga, congkak dan batu seremban), membuat kuih tradisional, persembahan kebudayaan, demonstrasi perkahwinan orang Melayu, menoreh getah, lawatan kampung dan lawatan ke tapak agropelancongan.



Nikmati pengalaman menjalani gaya hidup kampung Melayu Kedah dan kongsi pengalaman ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Alamat: Persatuan Homestay Relau, Lot 1064, Sri Impian, Relau, Kedah.

2) Homestay Seri Tanjung, Melaka

Homestay ini terletak di daerah Alor Gajah, kira-kira 24 kilometer dari Bandaraya Bersejarah Melaka. Ia memberikan pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam menjalani kehidupan kampung sebenar, di mana tetamu akan tinggal bersama keluarga tuan rumah, yang merupakan penduduk kampung Seri Tanjung.

Seramai 28 peserta mengambil bahagian untuk menjadi tuan rumah bagi program homestay ini. Program ini telah menjadi cara popular untuk pengunjung mengenali Melaka, dan ia diuruskan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Melaka dan Kementerian Pelancongan Malaysia.



Pengunjung akan dapat merasai gaya hidup penduduk kampung, dari kehidupan seharian, sehinggalah kepada makanan yang mereka masak.

Selain itu, pengunjung juga boleh bermain permainan tradisional seperti congkak, batu kerikil dan wau (layang-layang). Homestay ini juga terletak berdekatan dengan tarikan bersejarah yang popular.

Alamat: Homestay Seri Tanjung Malaysia, Masjid Tanah, Melaka

Hubungi: En Mohd Yusof Bin Saleh



Tel: 06-384 585

H/P: 013-613 8821

Laman web: www.seritanjungtourshomestay.com.my

Pengunjung turut belajar cara menganyam ketupat daun kelapa ketika menginap.

3) Homestay Kampung Kuala Medang, Pahang

Homestay Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis terletak di Mukim Ulu Jelai, iaitu kira-kira 51 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan 56 kilometer dari bandar Raub. Ia dihubungkan dengan perhubungan jalan utama dari Kuala Lipis dan Raub.

Dua buah kampung yang mengambil bahagian dalam program homestay ini iaitu Kampung Kuala Medang dan Kampung Kuala Serau. Homestay ini merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di kawasan terpencil, jauh dari pusat bandar yang mana perjalanan untuk ke sana akan melalui sungai, jeram dan hutan bakau yang subur.

Penduduk kampung sangat mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong dengan tangan terbuka. Kos penginapan di sini adalah berpatutan, selesa dan dilengkapi dengan pakej yang menarik.

Antara aktiviti dan tarikan di homestay ini adalah membuat kraftangan tradisional, berakit air, pembuatan bot kayu tradisional dan lain-lain lagi.

Alamat: Homestay Kuala Medang, Pejabat Penghulu Mukim Ulu Jelai, Kuala Medang, 26750 Sungai Koyan, Kuala Lipis

Tel: 012-9005828

Faks: 09-3313333

Emel: [email protected]/[email protected]

Laman web: www.homestaykualamedang.com

Menghasilkan bunga hiasan dan kraf tangan daripada sumber hutan serta alam semula jadi.

4) Homestay Banghuris, Selangor

Banghuris ialah nama yang mewakili tiga buah kampung yang terlibat dalam program homestay ini iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchuh dan Kampung Hulu Teros.

Dengan populasi lebih 3,000 penduduk, Homestay Banghuris pasti akan memukau pengunjung dengan cara hidup, budaya dan tradisi mereka. Homestay ini juga menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan agro. Pengunjung akan dibawa untuk lawatan pendidikan ke ladang kelapa, belimbing, jambu batu dan kelapa sawit.

Ia terletak kira-kira setengah jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anda akan melalui trek Formula 1 Sepang, ladang getah dan minyak, serta banyak pekan dan kawasan luar bandar.

Antara aktiviti yang terdapat dalam pakej istimewa di homestay ini selain lawatan ke ladang adalah, lawatan ke kolam ikan air tawar, dusun dan aktiviti kebudayaan.

Alamat: Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek, Sepang

Hubungi: 019-2536577

5) Homestay Kampung Telaga Air, Sarawak

Terletak di sebuah perkampungan nelayan Melayu, kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching. Ia merupakan antara homestay pertama ditubuhkan di Sarawak, hasil idea Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang melancarkan program itu pada 1990-an. Perjalanan ke homestay ini melalui Jalan Kuching-Matang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Kampung ini terletak di muara Sungai Sarawak dengan pemandangan tipikal sungai, kawasan dermaga dan hutan bakau, berhampiran dengan Taman Negara Kubah dan Pusat Hidupan Liar Matang.

Kampung ini merupakan destinasi popular untuk memancing terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Seramai 14 peserta yang mengambil bahagian sebagai tuan rumah bagi program homestay ini.

Pengunjung bakal merasai pengalaman memancing di laut terbuka, sukan memancing, kembara hutan, mendaki gunung, aktiviti-aktiviti kebudayaan dan pelbagai lagi.

Alamat: Persatuan Nelayan Kawasan Satang Biru LKIM Negeri Sarawak Lot 329, Seksyen 9, Ktld, Jln Satok Peti Surat 2201, 93744 Kuching, Sarawak

Hubungi: Abol Hasan Johari

Tel: 082-383054

H/P: 011-19747774

Faks: 082-381736

Teknik anyaman daripada surat khabar terpakai untuk menghasilkan barangan kraf tangan.

6) Homestay Koposizon, Sabah

Koposizon ialah perkataan tempatan yang bermaksud “livelihood” dalam bahasa Inggeris atau ‘kehidupan’ dalam Bahasa Melayu, bertujuan untuk berkongsi intipati kehidupan harian suku kaum Kadazan serta mengekalkan budaya dan tradisinya.

Terletak di daerah Papar, iatu hanya 40 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu, pelancong akan dapat merakam kehidupan santai rakyat Sabah melalui program homestay mereka sementara tetap kekal terhubung dengan kehidupan bandar.

Kampung-kampung ini dilitupi sawah padi dan ladang buah-buahan yang subur. Tujuh buah kampung dengan bilangan 20 peserta yang mengambil bahagian sebagai tuan rumah bagi program homestay ini.

Temui pelbagai jenis hasil tempatan terutamanya semasa musim buah di mana buah-buahan tempatan seperti rambutan, betik, jambu batu dan langsat boleh didapati dengan banyaknya.

Antara aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung adalah berkhemah, ladang padi, kopi dan sagu, pasar tempatan, merasai masakan tradisional, memancing, menunggang kerbau, menaiki jambatan gantung, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

Alamat: Kampong Papaga, P.O Box 146, 89608 Papar, Sabah

Hubungi: 088 917 388

Apa yang lebih menarik, anda berpeluang menikmati rebat dari RM50 hingga RM300 bagi penginapan di homestay atau kampungstay berdaftar di bawah Motac sehingga 31 Oktober ini.

Sila layari https://jomhomestay.my/ atau https://www.malaysia.travel/ untuk mulakan rancangan percutian anda dan meneroka budaya Malaysia!

Jom Hilangkan Stres…Inilah Dia 6 Homestay Yang Anda Patut Cuba Untuk Hilangkan Stres

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker