Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang

Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang

Najib Razak yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang kerana mengalami masalah kesihatan.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram, berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Beliau berkata, Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang pada 2 petang ini susulan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penjara bahawa ubat tekanan tinggi yang diambil Najib telah berubah.

“Ia memberi kesan buruk dan keadaannya agak teruk, namun Najib bersedia untuk mengikuti prosiding kes ini hingga 12.30 tengah hari,” katanya menurut Sinar Harian.

Hakim membenarkan permohonan itu dan menetapkan perbicaraan disambung esok seperti dijadualkan.

Mahkamah kemudian menyambung prosiding mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-27, Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 billion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. FMT

Kesan teruk ubat darah tinggi, Najib dirujuk ke Hospital Kajang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker