Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir

Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir

Rakaman seluruh prosiding rayuan akhir kes SRC International Sdn. Bhd. melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu disiarkan sepenuhnya supaya rakyat memahami kebijaksanaan di sebalik keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, selepas tiga minggu, masih ada pertikaian dan perbahasan mengenai keputusan rayuan tersebut.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat meminta mereka yang mengkritik proses rayuan itu supaya membaca keputusan bertulis.

“Ramai sudah membaca deraf keputusan itu apabila ia telah bocor dalam alam maya.

“Nampaknya Pendaftar Mahkamah kena keluarkan keputusan sahih dan penuh untuk tatapan umum.

“Baik juga kalau seluruh prosiding, iaitu segala percakapan Ketua Hakim Negara dan peguam-peguam termasuk juga kenyataan akhir Najib dikeluarkan sepenuhnya secara ‘ad verbatim’. Mahkamah kan ada rakaman,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Sabtu lalu, Tengku Maimun berkata, kebanyakan komen yang menyerang sistem kehakiman lebih-lebih lagi berkaitan keputusan mahkamah terhadap Najib adalah berdasarkan sentimen semata-mata.

Beliau berkata, berdasarkan komen dan serangan tersebut, ahli politik dan masyarakat didapati tidak membaca alasan penghakiman serta tidak memahami undang-undang.

Semalam, peguam, Datuk Zaid Ibrahim berkata, para hakim seharusnya mengamalkan sikap terbuka terhadap pandangan yang disuarakan oleh orang ramai kerana selaku manusia biasa, mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.

Shahrir menambah, mereka yang tidak memahami mengapa permohonan Najib tentang kewibawaan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan Tengku Maimun boleh membaca dan memahami keputusan mahkamah itu.

“Betul tu. Kena baca dan faham. Jangan berpandu kepada maklumat sekerat atau separuh,” katanya. MG

Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker