Diusung di hari persandingan (Video)

Diusung di hari persandingan (Video)

Alor Setar: Kecederaan akibat kemalangan tidak menghalang Ibrahim Badruddin melangsungkan majlis persandingan dengan isterinya, Nurul Aida Afiza Ghazali pada 30 Julai lalu.

Buktinya, Ibrahim, 26, sanggup mengenepikan sakitnya untuk hadir ke tempat persandingan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong di sini, walaupun dibawa dengan pengusung menaiki ambulans.



Kisah Ibrahim yang juga jurutera syarikat pembinaan tular selepas jurugambar majlis perkahwinannya, Qer memuat naik videonya berbaring atas pengusung dalam persalinan pengantin di TikTok.

Berkongsi kisah di sebalik video yang tular, Ibrahim berkata, majlis persandingan diadakan pada 30 Julai lalu iaitu empat hari selepas dia menjalani pembedahan paha kiri akibat kemalangan jalan raya.

“Saya terbabit dalam kemalangan pada 19 Julai lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan cedera selepas motosikal ditunggang terlanggar jentolak.

“Akibat kemalangan, saya perlu menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 26 Julai lalu iaitu empat hari sebelum majlis (persandingan) berlangsung.



“Saya sudah lama rancang untuk kahwin iaitu sejak April lagi dan kalau boleh enggan tangguhkan majlis.

“Lagipun isteri sudah buat persiapan rapi dan keluarga kedua-dua belah pihak pula sudah bersetuju, jadi kami teruskan juga pada tarikh dirancang iaitu 29 Julai lalu untuk akad nikah manakala 30 Julai lalu bagi majlis bersanding,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ibrahim, bapanya, Badruddin Kassim, 56, yang mencadangkannya hadir ke lokasi majlis dengan berbaring atas pengusung.

Ibrahim mengikut saja cadangan bapanya kerana mengambil kira keadaan luka kecederaannya yang belum pulih ketika itu.



Daripada segi persiapan, Ibrahim berkata, dia menyarung sendiri persalinan pengantin, tetapi ada yang membantu untuk memakaikan aksesori.

“Rasa malu juga kerana sebaik turun daripada ambulans, ramai yang tangkap gambar saya.

“Mungkin mereka hairan mengapa pengantin datang naik ambulans namun saya tidak berbaring atas pengusung sepanjang majlis sebaliknya dibawa turun untuk duduk di kerusi roda sebaik masuk dewan,” katanya. HM



Diusung di hari persandingan (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)



Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker