Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

SEBUAH masjid yang dilaporkan ditenggelami air sejak tiga dekad lalu, ‘muncul’ semula kesan perubahan cuaca teruk yang berlaku di Selatan Asia.

Masjid yang terletak di Bihar, Nawada, India dilaporkan muncul semula kerana air yang semakin surut akibat kemarau di Empangan Phulwaria.

Menurut laporan media tempatan, penduduk mengatakan masjid yang dikenali sebagai Masjid Noori itu mula tenggelam pada tahun 1985 selepas Empangan Phulwaria dibina.

Ketinggian masjid dari tanah sehingga kubah dianggarkan sekitar 30 kaki.

Sebaik air surut, penduduk tempatan masuk ke dalam masjid tersebut terkejut kerana strukturnya masih kukuh dan tidak ada sedikit kerosakan pun.

Ramai yang mendakwa bahawa masjid itu telah siap dibina pada awal abad ke-20 dan dianggarkan berusia kira-kira 120 tahun.

Sungguhpun tiada sumber yang sahih mengenai usia sebenar masjid tersebut, namun seni bina kubahnya yang dilihat lebih tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal menjadikan tanggapan berkenaan logik. – The Express Tribune

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker