Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Kuantan: Kagum dan gerun. Itu perasaan Leftenan Muda Sarah Monika Mohd Roni Sow Abdullah selepas gagal menyambut skrol diserahkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40.

Menerusi video tular di laman sosial, Tengku Hassanal dilihat tunduk ke bawah bagi mengambil skrol yang terjatuh selepas terlepas daripada genggaman Sarah Monika, 24, sewaktu majlis istiadat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 10 September lalu.

Berkongsi kisah, Sarah Monika berkata, insiden itu tidak disengajakan dan berlaku kerana dia terlalu gementar.

Katanya, dia turut terkejut melihat reaksi spontan Tengku Hassanal dan mengakui bersalah tidak dapat mengambil sendiri skrol berkenaan dan terpaksa mengikut protokol majlis.

“Saya sangat gementar naik ke pentas ketika itu sehingga orang terdekat pun menyedarinya.

“Bagaimanapun, saya gagahkan diri juga naik dan lain pula jadinya apabila skrol diserahkan Tengku Hassanal terlepas daripada genggaman tangan saya.

“Ikutkan hati saya nak tunduk dan ambil sendiri skrol itu tetapi terpaksa tahan kerana mengikut protokol. Tak sangka pula baginda sendiri tunduk dan ambil skrol berkenaan sebelum petugas sempat datang membantu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, badannya kaku dan berasa seperti hendak pengsan ketika itu.

Sarah Monika berkata, dia juga sudah bersedia dimarahi oleh pegawai atasan kerana sedar apa yang berlaku disebabkan kecuaiannya.

“Secara polisi dan protokol, baginda tidak boleh tunduk tetapi itu yang terjadi tempoh hari.

“Ingatkan baginda serahkan semula skrol seperti biasa namun dia sempat tenangkan saya dan beri kata semangat kerana tahu saya gementar.

“Apa pun, saya kagum dengan keperibadian baginda kerana bersikap rendah diri walaupun berstatus Putera Raja,” katanya.

Di sebalik apa yang berlaku, Sarah Monika bersyukur kerana akhirnya ditauliahkan sebagai pegawai Leftenan Muda selepas empat tahun menempuh pelbagai cabaran getir di kem latihan.

Bagaimanapun, hala tujunya kini adalah lapor berkhidmat di kem ditempatkan selain aktif dalam bidang seni lakon kerana enggan mensia-siakan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diperoleh.

“Asalnya saya minat untuk jadi anggota polis dan pernah hadir ke sesi temu duga malah hampir terpilih tetapi tiada rezeki apabila tidak melepasi ketinggian ditetapkan.

“Jadi, saya cuba sertai Palapes. Saya tidak pernah terfikir menjadi pegawai tentera kerana tahu latihannya berat dan perlu tempuhi banyak rintangan sebelum sampai ke tahap ini.

“Ini kerana saya juga menyambung pengajian di peringkat ijazah dan hampir saja keluar baris kerana perlu mengikuti penggambaran filem dan drama namun pihak atasan amat memahami serta beri pertimbangan hingga saya dapat teruskan latihan walaupun perlu berkorban tinggalkan sebentar set penggambaran.

“Terima kasih kepada semua dan apa yang saya kecapi kini juga hasil daripada galakan dan doa keluarga,” katanya. HM

Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker