Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab

Pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun sering dilihat lantang memberi teguran mengenai apa-apa isu yang berkaitan agama dan industri dunia hiburan.

Namun, baru-baru ini Ustazah Asma’ telah membuat ceramah menerusi sesi live di TikTok miliknya dan meluahkan rasa sebak apabila dia dikecam hebat gara-gara sekeping gambar bersama anak orang kenamaan atau VIP.

Menerusi video tersebut, Ustazah Azma’ tidak dapat menahan tangisan kerana menerima kecaman bertubi-tubi dan dilihat berkali-kali mengesat air matanya menggunakan tisu dan cuba untuk mengawal emosi.

Sampai hari ini, saya dikata tali barut, penjual agama, penunggang agama, hipokrit, lepastu dimaki hamun dengan segala jenis binatang. Apa yang kalian buat sebenarnya?

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya turut bersimpati melihat ujian yang dihadapai oleh Ustazah Asma’ dalam berdakwah.

Malah, ada juga yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berdakwah. Bn

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker