Malaysia tak alami kemelesetan ekonomi – pengerusi Bursa

Namun begitu, cabaran tetap wujud

Malaysia tak alami kemelesetan ekonomi – pengerusi Bursa

Dasar pragmatik dan responsif serta ekonomi yang strukturnya menjadi pelbagai sejak beberapa tahun ialah faktor yang boleh menghalang Malaysia daripada mengalami kemelesetan, menurut Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Abdul Wahid Omar.

Wahid berkata, satu faktor penting yang menyumbang kepada daya tahan Malaysia ialah sistem kewangannya yang kukuh dan stabil.



“Bank-bank Malaysia mempunyai permodalan yang kukuh, cair serta diurus dengan lebih baik, dan ia dikawal selia dan dipantau dengan berkesan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya dalam ucapan pada forum InvestMalaysia pagi ini.

Bulan lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, prospek ekonomi Malaysia mungkin terjejas oleh pesimisme dalam ekonomi global walaupun kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan sedia ada.

Bloomberg memetik beliau sebagai berkata, Malaysia mesti bersedia menghadapi kelembapan ekonomi global, walaupun ekonomi negara berkembang kukuh berikutan pembukaan semula sempadannya dan di tengah-tengah eksport yang berkembang pesat.

Bagaimanapun, Wahid hari ini menegaskan bahawa sistem kewangan negara dilengkapi dengan pasaran hutang dan ekuiti yang berfungsi dengan baik bernilai RM3.5 trilion pada akhir 2021.



“Malaysia juga menjadi tuan rumah kepada pasaran modal Islam terkemuka dunia, bernilai RM2.3 trilion, iaitu hampir dua pertiga daripada (nilai) jumlah pasaran modal,” katanya.

Namun begitu, cabaran tetap wujud.

Bekas menteri hal ehwal ekonomi itu menyatakan bahawa rantaian bekalan global mengalami tekanan apabila ekonomi kembali normal selepas wabak, diburukkan lagi oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta konflik Ukraine-Rusia.

Beliau berkata, faktor-faktor ini menyebabkan harga komoditi dan logistik melonjak, seterusnya menyebabkan tekanan inflasi tinggi yang memaksa bank pusat di seluruh dunia mengetatkan dasar monetari masing-masing.



Ini termasuk Malaysia, yang menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.5% bulan ini, kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini. Bagaimanapun, menurut Wahid, China terkecuali.

“Ini berkemungkinan menyebabkan kelembapan ekonomi dan potensi kemelesetan di sesetengah negara pada 2023,” katanya. FMT

Malaysia tak alami kemelesetan ekonomi – pengerusi Bursa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker