Malaysia catat potensi dagangan RM77.25 bilion dalam Ekspo 2020 Dubai – Ismail

Malaysia catat potensi dagangan RM77.25 bilion dalam Ekspo 2020 Dubai – Ismail

Penyertaan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai baru-baru ini berjaya mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan keseluruhan berjumlah RM77.25 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran yang ditetapkan kerajaan adalah untuk mencapai RM8 bilion hingga RM10 bilion pulangan perdagangan dan pelaburan sepanjang enam bulan penyertaan ke ekspo itu.

“Alhamdulillah, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia berjaya melepasi sasaran itu sebanyak tujuh kali ganda dengan potensi perdagangan dan pelaburan keseluruhannya berjumlah RM77.25 bilion.

“Kejayaan ini diraih melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian dan Surat Niat
melibatkan syarikat-syarikat serta pihak-pihak luar termasuk dari Amerika Syarikat, China, Emiriah Arab Bersatu, India, United Kingdom dan Qatar,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di sini hari ini.

Selain itu tambah Perdana Menteri, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi maksimumkan peluang perdagangan dan perniagaan, Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.

Bukan itu sahaja, sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan bagi memaksimumkan peluang perdagangan dan perniagaan, Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara pada Ekspo berkenaan juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.

“Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku kementerian peneraju dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) selaku agensi pelaksana,” jelasnya. K Online

Malaysia catat potensi dagangan RM77.25 bilion dalam Ekspo 2020 Dubai – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker