Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Raja Formula dibidas Zahida

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Pakatan Harapan (PH) hanya mampu bertahan selama 22 bulan setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hasil penipuan dan harapan palsu yang ditaburkan kepada rakyat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kini Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang diberi jolokan ‘pakar formula songsang’ muncul lagi untuk menipu rakyat.

“Di Melaka, Johor, Sarawak rakyat dah beri isyarat. Siapa yang terkubur? Rafizi nak tipu apa lagi?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi pada ceramah Rapat Mega Keadilan yang berlangsung di Taman Melawati Gombak, kelmarin.

Dalam ucapan pada majlis yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi meramalkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan terkubur dalam tempoh enam tahun lagi.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, Pas tidak lagi mampu membuat ceramah yang besar seperti yang dilakukan oleh PKR pada malam tersebut.

Beliau mendakwa, Pas hanya bersembang dan apabila sudah menjadi kerajaan mereka terikut-ikut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

Selepas PRU-14, Rafizi menjadi sasaran kecaman rakyat yang kecewa apabila PH gagal menunaikan janji-janji mereka termasuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter.

Rafizi ‘menghilangkan diri’ selepas gagal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti 2018.

Beliau tiba-tiba muncul semula sebelum pemilihan PKR tahun ini dan mula berkempen untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin pudar terhadap PH dan PKR. MG

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker