[VIDEO] Isteri Terlebih ‘Sporting’ Sangat…

Washington: Seorang isteri menghadiahkan suaminya sesuatu yang luar biasa sempena Hari Kekasih, kelmarin dengan mencetak gambar semua wanita yang ‘disukai’ lelaki itu di Instagram.

Pengguna TikTok dengan menggunakan akaun, gr93la atau Gloria, menghadiahkan sekotak gambar bercetak hingga video itu memperoleh lebih 14 juta tontonan dengan tajuk ‘Apa yang anda berikan kepada lelaki untuk Hari Valentine’.

Portal Ibtimes melaporkan, dalam video itu, Gloria menunjukkan kotak dan berkata: “Oleh kerana semua orang berkongsi apa yang mereka dapat dengan yang lain untuk Hari Valentine, saya fikir saya akan berkongsi milik saya.

“Saya memberikan suami saya kotak kecil yang comel ini dan mengisinya dengan gambar-gambar semua gadis yang disukainya di Instagram. Harap dia menyukainya!”

Selepas dia berkongsi video itu, siaran itu mendapat 2.7 juta tanda suka dan beribu-ribu orang memberikan komen mengenainya.

@gr93la

What did you gets get your man for Valentine’s Day ?😁 #fyp #valentinesday #messytiktok #couplegoals #crazy #fypシ

♬ Bust Your Windows (Cover of Jazmine Sullivan) – Glee Cast

Salah seorang dari mereka berkata, suami wanita itu pasti menyukai gambar-gambar itu.

“Cukup yakin dia akan menyukai hadiah itu,” katanya.

Pengguna lain menulis, dia memerlukan kotak yang lebih besar.

Namun, selepas memuat naik video pertama, Gloria memuat naik satu lagi video TikTok.

@gr93la

I have a sense of humor with my man! I don’t know about y’all but I thought this was the perfect gift 🤣 He loved it 😘 #gorgeousgirls #fyp #joke

♬ original sound – Gloria

Pada gambar kedua, dia mengambil kotak itu dengan meletakkan enam gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya.

Ini mengejutkan lelaki itu, kerana dia sama sekali tidak mengharapkan sesuatu seperti ini pada Hari Kekasih.

Dia ketawa dan berkata, “Apa ini?” selepas Gloria menyerahkan kotak gambar itu kepadanya.

Dia menjawab: “Semua gambar yang anda sukai di Instagram.”

Sambil melihat gambar wanita itu, suami Gloria tersenyum dan menjawab: “Sangat bagus”.

[VIDEO] Ebit Lew Hadiahkan Basikal Kepada Lima Penghantar Makanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker