Vinicius pilih setia bersama Real
Vinicius pilih setia bersama Real

London: Vinicius Junior serius mempertimbangkan untuk menyertai Arsenal pada musim panas, namun hatinya memilih untuk kekal bersama Real Madrid.
The Gunners berusaha mendapatkan khidmat pemain Brazil itu pada jendela perpindahan terbaharu ketika dia masih belum bersetuju menandatangani kontrak baharu di Santiago Bernabeu.
Pemain sayap itu, yang kontrak terdahulunya dijadualkan tamat pada penghujung musim ini, akhirnya menandatangani lanjutan kontrak sehingga 2032 dengan nilai £480,000 (RM2.6 juta) seminggu.
Bagaimanapun, ejen bintang Brazil itu yang juga Presiden Roc Nation Sports International, Michael Yormark mendedahkan Vinicius sebenarnya terbuka untuk menyertai Arsenal.
Yormark memberitahu SportsBoom: “Anda sudah melihat berita itu, Arsenal memang sangat berminat. Mereka benar-benar agresif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
- ‘Kita Geng Biru’ Gegar Melaka, BN Sedia Perkukuh Khidmat
- Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul
“Tetapi hati Vini berada di Madrid. Itulah tempat yang sentiasa diingininya, tempat dia berada sekarang dan tempat yang diharapkannya untuk kekal sepanjang baki kariernya.
“Saya rasa perkara itu tidak pernah menjadi persoalan. Adakah dia pernah serius mempertimbangkan Arsenal? Sudah tentu.
“Apabila kelab seperti Arsenal memberikan layanan istimewa kepada anda dan membuatkan anda berasa benar-benar dikehendaki, sudah tentu anda perlu mempertimbangkannya.
“Tetapi dia berada di tempat yang diingininya dan kami gembira kerana dia kekal di sana.
“Tidak semua pemain berpeluang memulakan perjalanan profesional bersama sebuah kelab dan menamatkannya di kelab yang sama.
“Dia memulakan perjalanan itu ketika berusia 18 tahun dan kini berusia 26 tahun. Dia sudah memenangi begitu banyak trofi. Berada di satu kelab, kelab terbaik di dunia, sepanjang kariernya tentu menjadi sesuatu yang sangat istimewa.”
Vinicius pilih setia bersama Real
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
You must be logged in to post a comment.