Milan sokong boikot tiket mahal
Milan sokong boikot tiket mahal

Milan: AC Milan menyatakan sokongan terhadap rancangan penyokongnya memboikot aksi Liga Serie A menentang Udinese, Isnin ini, sebagai bantahan terhadap harga tiket pelawat yang dianggap terlalu mahal.
Tiket bagi penyokong pasukan pelawat dijual pada harga €65 (RM300), sekali gus mencetuskan kebimbangan kelab itu bahawa harga berlebihan boleh menjejaskan hubungan antara kelab serta usaha meningkatkan imej bola sepak Itali.
Dalam satu kenyataan, Milan menegaskan sokongan dan kesetiaan penyokong memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya tarikan bola sepak Itali di peringkat global.
“Daya tarikan bola sepak Itali di seluruh dunia banyak bergantung kepada kesetiaan dan semangat penyokong kelab seperti AC Milan.
“Mengenakan harga berlebihan kepada penyokong sama ketika perlawanan di tempat lawan bukan sahaja tidak adil, malah menjejaskan perpaduan liga ketika bola sepak Itali perlu bersatu untuk bersaing dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan liga Eropah lain,” menurut kenyataan kelab itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
- ‘Kita Geng Biru’ Gegar Melaka, BN Sedia Perkukuh Khidmat
- Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul
Milan turut menggesa Serie A memperkenalkan had maksimum harga tiket bagi penyokong pelawat di seluruh liga, seperti yang dilaksanakan EPL dengan menetapkan harga maksimum £30 (RM160).
Kelab itu juga memberi amaran kemungkinan memperkenalkan dasar timbal balik, yang menyaksikan penyokong kelab yang mengenakan harga tiket tinggi kepada peminat Milan berdepan harga lebih mahal ketika berkunjung ke San Siro.
Bagaimanapun, langkah itu tertakluk kepada peraturan liga, manakala hasil tambahan yang dikutip akan disalurkan kepada Fondazione Milan bagi menyokong inisiatif kebajikan.
“Bola sepak Itali tidak boleh menjadi lebih kuat dengan melayan penyokong secara berbeza berdasarkan saiz kelab mereka,” tambah kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Waspada Grafik Palsu Guna Nama Ahmad Zahid
- UMNO Putatan Utama Kesejahteraan Penduduk, Cadang Langkah Mitigasi Banjir Kilat
- Melaka Sayang Rakyat: Ab Rauf Tekad Makmurkan Melaka Jika Diberi Mandat
“Sumbang Tabung Harapan Lebih ‘Stupid’ Daripada Tabung Najib” – Hasnal Rezua
Isu harga tiket sudah lama menjadi pertikaian kumpulan penyokong Milan, Curva Sud, yang pernah memboikot perlawanan di tempat lawan menentang Juventus pada 2023 sebagai bantahan.
Kumpulan itu turut mengulangi rungutan musim lalu berhubung harga tiket bagi perlawanan menentang Juventus, selain menuduh Torino mengenakan caj berlebihan kepada penyokong pelawat.
Milan sokong boikot tiket mahal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
You must be logged in to post a comment.