Bomba terima 16 panggilan pokok tumbang sekitar ibu kota
Bomba terima 16 panggilan pokok tumbang sekitar ibu kota

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima 16 panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi.
Jurucakapnya memaklumkan panggilan diterima antara 3 petang hingga 7 malam antaranya melibatkan Jalan Tempinis 3, Jalan Maarof, Jalan Medang Kapas, Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, Jalan Cenderasari, Taman Rama-Rama dan Jalan Midah Tengah.
“Kejadian turut membabitkan beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang, namun situasi berjaya dikawal dan kerja pembersihan dilaksanakan segera di semua lokasi terjejas.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bomba terima 16 panggilan pokok tumbang sekitar ibu kota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.