PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin mempersoal apa logiknya PAS mahu meminta semua kerusi yang Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding empat kerusi yang ditawarkan Umno jika mahu bekerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

“Seingat saya semua kerusi yang BN kalah pada PRU14, PAS juga tanding, PAS pun kalah. Kesemuanya PAS kalah pada BN. Jadi apa logik yang dipakai tuntut kerusi tersebut

“PAS bertanding di 40 kerusi, semua kalah kepada Umno (berdasar kiraan undi siapa tinggi) kecuali satu (DUN Bukit Pasir),”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan “bukan cara yang baik” PAS hanya ditawarkan empat kerusi oleh Umno untuk bekerjasama dalam PRN Johor.

Memetik laporan Malaysiakini, PAS pada asalnya berminat untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi yang gagal ditawan BN dalam PRU lalu namun mereka kemudian hanya ditawarkan empat.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan tersebut dibawa kepada Umno dengan matlamat mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini mempertemukan kedua-dua parti ketika mereka masih pembangkang.

PRNJohor: BN boleh guna acuan di Melaka – Mahdzir

Katanya, formula yang dibawa PAS itu dikemukakan dengan matlamat mahu menghalang PH kembali berkuasa di Johor.

Bagaimanapun katanya, apabila cadangan PAS tidak diterima, rundingan dengan BN akhirnya gagal mencapai titik persefahaman.

Pada PRU14, BN tewas 19 kerusi termasuk di kawasan yang dianggap kubu kuat mereka kepada PH yang kemudian membentuk kerajaan negeri sebelum dijatuhkan pada penghujung Feb 2020.

PAS pula yang ketika itu bergerak secara solo meletakkan calon di 40 kerusi namun hanya memenangi satu daripadanya iaitu DUN Bukit Pasir

Kata Tuan Ibrahim, kerusi yang diinginkan PAS itu adalah milik pembangkang, khususnya Amanah.

Pada PRU lalu berdasarkan kerusi DUN yang dimenangi PH, Umno memperolehi undi kedua tertinggi diikuti PAS di tempat ketiga.

PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker