‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis

‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis

Langkah PAS terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk berganding dengan Umno dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor kerana parti itu sedar rakan sekutunya, Bersatu tidak cukup kuat untuk menandingi pengaruh Umno di negeri berkenaan, kata penganalisis politik.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata PAS juga sedar parti itu “sangat lemah” di Johor dan tidak mahu episod buruk di PRN Melaka berulang di Johor.



Katanya, walaupun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilihat sebagai jenama popular dan mempunyai pengaruh besar di Johor, namun ia tidak mampu menandingi pengaruh seterunya, Umno dalam kalangan akar umbi di Johor.

“Muhyiddin satu jenama yang popular dan besar pengaruhnya, tetapi mungkin belum berupaya menandingi pengaruh Umno dalam kalangan akar umbi negeri Johor.

“(Sebab itu) PAS mungkin merasakan kekuatan Bersatu tidak cukup untuk mereka mencapai matlamat (memenangi PRN) dan mula memikirkan Umno,” katanya kepada FMT, merujuk kepada hasrat PAS untuk menghidupkan Muafakat Nasional di peringkat negeri.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata, parti itu bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Umno Johor bagi menjayakan MN menjelang PRN nanti.



Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), hanya seorang wakil PAS Johor menang kerusi DUN iaitu Najib Lep di Bukit Pasir.

Bagaimanapun, Umno dan Barisan Nasional (BN) Johor bercadang untuk bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin mampu menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Namun, Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad, berkata keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Susulan itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata keputusan sama ada Umno bekerjasama dengan PAS atau tidak dalam PRN Johor akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tidak lama lagi.



Mengulas lanjut, Mazlan berkata selepas langkah sumbang PAS mengetepikan Umno untuk bersama dengan Bersatu dalam PRN Melaka pada Nov lalu, memperlihatkan hakikat bahawa Perikatan Nasional berdepan cabaran sukar pada PRN kali ini sekiranya PAS tidak mencari talian hayat baru.

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Nusantara (Penyelidikan Strategik), Azmi Hassan berpendapat keputusan PRN Melaka adalah manifestasi bagaimana Bersatu tidak mampu membantu PAS, mahupun dirinya sendiri.

“Keputusan PRN Melaka memaksa PAS untuk memikirkan semula siapa rakan sekutu mereka di Johor,” katanya yang berpendapat sekiranya Umno menyambut hasrat PAS itu, ia hanya akan memberi manfaat kepada jangka hayat politik PAS di negeri terbabit.

Azmi berkata, sekiranya PAS benar-benar mahu menghidupkan semula MN, ia seharusnya bermula di peringkat nasional kerana langkah itu membuktikan keikhlasan sebenar PAS kepada Umno.



“Jika PAS mahu kerjasama dengan Umno, maka ia perlu didatangkan dalam bentuk senario nasional bukan di peringkat negeri saja, dan ini lebih baik kerana Umno melihat PRU dalam hasrat mereka menubuhkan kembali kerajaan (pusat), bukan melihat PRN sebagai keuntungan jangka masa pendek.

“Di peringkat nasional, ia akan membuka mata Umno yang mana akan menguntungkan kedua-dua pihak sebelum PAS hulur tangan di Johor,” katanya. FMT

‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]



Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker