Warga JPM diingatkan kerja dengan jujur, berintegriti

Warga JPM diingatkan kerja dengan jujur, berintegriti

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya bekerja dengan jujur dan berintegriti berikutan hampir semua dasar negara tertumpu pada jabatan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, JPM perlu menunjukkan contoh yang baik kepada kementerian lain dan rakyat mengenai pelaksanaan dasar kerajaan.



Katanya, kebanyakan dasar kerajaan yang diumumkan berada di bawah punca kuasa JPM termasuk berkaitan dengan ekonomi seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022, agama dan isu berkaitan Sabah Sarawak.

“Seluruh mata rakyat tertumpu hampir keseluruhannya kepada JPM kerana perkara berkaitan dengan negara dan rakyat terutama isu dasar, adalah di bawah JPM.

“Saya harapkan sokongan dan kerja keras semua pihak di JPM… dari pegawai, pemimpin dan kakitangan keseluruhannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga JPM, di Putrajaya, hari ini. BH



Warga JPM diingatkan kerja dengan jujur, berintegriti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker