2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan

SINGAPURA: Misteri kematian dua beradik lelaki berusia 11 tahun di sebuah taman permainan terungkai selepas bapa mangsa ditahan pihak polis.

Lapor Channel News Asia, Xavier Yap Jung Houn, 48, dituduh melakukan jenayah itu sehingga menyebabkan kematian Yap E Chern Ethan di sebuah terusan di taman permainan Greenridge Crescent, Upper Timah antara pukul 4.23 petang hingga 6.25 petang pada 21 Januari lalu.

Pihak polis memaklumkan Yap ditahan selepas kedua-dua mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan tidak bermaya di kawasan taman permainan tersebut.



Pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan paramedik mengesahkan kedua-dua kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.

Yap bagaimanapun berdepan dengan satu pertuduhan membunuh seorang anaknya, manakala punca kematian seorang lagi anaknya, Ashton Yap masih dalam siasatan.

Suspek menghubungi polis bagi meminta bantuan selepas mendakwa anaknya tidak sedarkan diri di taman permainan itu.



Kes itu mencetuskan operasi pencarian di kawasan hutan Upper Bukit Timah dekat Toh Tuck Road dan menurut penduduk, sejumlah anggota polis dikerahkan ke tempat kejadian, termasuk pasukan Gurkha dan unit polis K-9.

Yap diberkas selepas pihak polis meneliti kesemua petunjuk dan menjalankan siasatan menyeluruh kelmarin.

Sehubungan itu, polis membuat permohonan lanjutan reman terhadap suspek selama seminggu bagi menjalankan siasatan dan lelaki itu boleh dihukum mati sekiranya disabit kesalahan.

2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker