Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia



TEMERLOH: Komunis Melayu terakhir dikenali Sumilah Mat Jamil, 66, kembali ke Malaysia setelah berkelana selama enam dekad di Beijing, China.

Difahamkan, Sumilah dibawa lari ketika berusia dua tahun oleh ayahnya, Mat Jamil Mat Elan ke China sekitar April 1956 setelah fahaman komunisme yang menjadi perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) ditolak rakyat khususnya orang Melayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan Datuk Aripin Said berkata, Sumilah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.30 petang kelmarin.

Menurutnya, Sumilah disiasat oleh pihak berkuasa di lapangan terbang tersebut hampir tujuh jam bagi mengetahui tujuan beliau kembali ke Malaysia.

”Sumilah ketika ini sedang dikuarantin selama 10 hari sehingga 31 Januari ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur,” katanya di sini semalam.




Dr. Aripin berkata, maklumat kembalinya ke tanah air ‘Komunis Melayu terakhir itu telah disampaikan kepadanya oleh keluarga terdekat Mat Jamil semalam.

Kisah berkaitan Mat Jamil yang lari bersama anaknya dan. bermastautin di Beijing, China disiarkan Utusan Malaysia pada September tahun lalu.

Difahamkan, Mat Jamil dan anaknya hanya menggunakan visa yang dihidupkan setiap tahun selama 66 tahun.

Mat Jamil diberitakan meninggal dunia di Beijing pada 2018 sekali gus mendorong Sumilah untuk kembali ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr. Aripin berkata, Sumilah akan terus menetap di tanah tumpah darahnya di Temerloh atau Kuala Lumpur dan tidak akan kembali lagi ke China.




Beliau berkata, berdasarkan perbualan dengan saudara terdekatnya, Sumilah begitu mengagumi kemajuan dan perpaduan kaum di negara ini.

“Sumilah menyatakan kekesalan apabila keluarganya terpengaruh dengan fahaman komunisme yang dianggap perjuangan yang sia-sia dan berharap dapat menghabiskan sisa kehidupan di kampung halaman di Temerloh,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, perjuangan PKM menemui titik noktah di bumi ini apabila berlangsungnya peristiwa bersejarah pada 2 Disember 1989 di Hatyai, selatan Thailand.

“Perpindahan pusat ‘pemerintahan’ komunis ke sempadan Thai-Malaysia pada tahun 1953 merupakan bibit-bibit PKM tewas dalam perjuangannya apabila orang Melayu menentang keras kehadiran fahaman komunis,” katanya.

Tambah Aripin, pernah suatu ketika PKM berjaya mengeksploitasi beberapa golongan nasionalis yang bersuara menolak pengaruh Inggeris tetapi. fahaman komunisme ditolak majoriti rakyat khususnya orang Melayu.




“Golongan nasionalis ini yang terkenal dari Pahang antaranya Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ibrahim Yaakob, Abdul Ghani Abu Samah dan S. Romai Noor,” katanya.

Menyorot pengaruh fahaman komunisme, beliau berkata, ia banyak bertapak di Temerloh seperti Lubuk Kawah dan Sanggang terutama membabitkan orang Melayu. – UTUSAN ONLINE

Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Leave a Reply

Your email address will not be published.