Kes tetak, polis buru dua lelaki

SEREMBAN – Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak dua mangsa menggunakan senjata parang di Taman Timah Jaya Site C di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai V.Vithyathran, 32, beralamat di Taman Springhill dan B. Selvam, 21, dari Taman Jaya Lukut sedang dikesan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sebelum ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan terhadap enam lelaki di kawasan Lukut dan Port Dickson pada 16 hingga 18 Januari lalu berkaitan kes sama.

“Kesemua enam suspek ditahan susulan laporan polis dibuat pengadu iaitu seorang wanita berusia 39 tahun memaklumkan suami dan anaknya diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aidi Sham berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, 16 Januari lalu telah terdengar bunyi bising di luar rumah dan apabila keluar didapati kenderaan suaminya yang berada di luar rumah telah dilanggar oleh sebuah motosikal dan suspek terus melarikan diri.

“Semasa pengadu dan keluarga sedang melihat kerosakan yang dialami, telah datang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang lalu menyerang pengadu dan keluarga.

“Suaminya berusia 46 tahun dan anak 19 tahun telah mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta tangan manakala pengadu sempat melarikan diri untuk meminta bantuan jiran,” katanya.

Aidi Sham berkata, suspek juga telah merosakkan kenderaan milik keluarga mangsa dengan memecahkan cermin kereta dan tingkap sebelum melarikan diri.-K! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker