Spurs terus cemas dalam perebutan kekal di EPL

Spurs terus cemas dalam perebutan kekal di EPL

Spurs terus cemas dalam perebutan kekal di EPL
TINDAKAN Mathys Tel mengeluarkan bola cara berbahaya menyebabkan pengadil memberi sepakan penalti kepada Leeds. -FOTO Reuters

London: Mathys Tel muncul wira dan pesalah ketika Tottenham Hotspur seri 1-1 di laman sendiri menentang Leeds United, awal pagi tadi, keputusan yang menyaksikan nasib mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum terjamin.

Pemain Perancis itu memecah kebuntuan pada awal babak kedua sekali gus meredakan tekanan di Stadium Tottenham Hotspur sebelum menghadiahkan penalti kepada lawan akibat percubaan mengeluarkan bola secara berbahaya.

Pada penghujung perlawanan, Spurs berterima kasih kepada penjaga gol Antonin Kinsky yang melakukan aksi menyelamat menakjubkan untuk menafikan kemenangan Leeds.

Tottenham kini berada dua mata di depan West Ham United di tangga ke-18 dengan hanya berbaki dua perlawanan musim ini.

West Ham tewas 0-1 kepada Arsenal semalam, keputusan yang mengesahkan Leeds dan Nottingham Forest kekal dalam EPL, sekali gus menyaksikan Spurs dan West Ham bersaing mengelak slot penyingkiran terakhir ketika Wolves dan Burnley sudah tersingkir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat


Pengendali Spurs, Roberto De Zerbi yang baru mengambil alih pasukan pada hujung Mac lalu berjanji anak buahnya akan terus berjuang hingga penamat musim.

“Ketika kami kalah kepada Sunderland, mustahil untuk bayangkan kami mampu berada dua mata di atas zon penyingkiran dengan baki dua perlawanan.

“Sekarang kami perlu positif dan terus bekerja. Kami ada kualiti untuk kutip mata lagi dan kekal dalam liga. Saya fikir kami layak kekal dan kami akan lawan hingga akhir.

“Apabila anda berjuang mengelak penyingkiran, anda perlu guna kaki lebih daripada kepala. Kami perlu terus berjuang hingga tamat. Walaupun menang hari ini, tugas masih belum selesai,” katanya.

Tottenham turun berdepan Leeds dengan hanya dua kemenangan di laman sendiri dalam saingan liga sepanjang musim ini.

Kinsky terlebih dulu bertindak cemerlang menepis tandukan Joe Rodon pada minit ke-21, manakala Joao Palhinha terlepas peluang apabila rembatan jarak dekatnya melambung tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin


Spurs akhirnya membuka jaringan lima minit selepas babak kedua bersambung apabila Tel pantas mengawal bola hasil sepakan penjuru Pedro Porro.

Pemain itu kemudian melakukan rembatan lencong menewaskan Karl Darlow.

Namun kira-kira 20 minit sebelum tamat aksi, Tel cuba melakukan sepakan gunting untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti sendiri tetapi terkena kepala kapten Leeds, Ethan Ampadu yang mara mendapatkan bola.

Pengadil Jarred Gillett menghadiahkan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Dominic Calvert-Lewin mudah menyempurnakan sepakan itu.

Spurs terus cemas dalam perebutan kekal di EPL

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker