Penstrukturan semula NFDP mula tunjuk bibit kejayaan – Jefri

Penstrukturan semula NFDP mula tunjuk bibit kejayaan – Jefri

Penstrukturan semula NFDP mula tunjuk bibit kejayaan - Jefri
MORDI (tiga dari kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen atlet para Malaysia sambil diperhatikan Jefri (dua, kiri) dan Megat D Shahriman Zaharudin (dua, kanan). FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Penstrukturan semula Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mula menunjukkan bibit kejayaan hasil kerjasama teknikal antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, petanda awal keberkesanan perubahan struktur itu dapat dilihat menerusi pencapaian skuad bawah 16 Tahun (B-16) negara yang muncul naib juara Kejohanan Asean Bawah 17 Tahun (B-17) 2026 di Indonesia, April lalu.

“Untuk NFDP sebagaimana kita telah pun umumkan tahun lepas bahawa semua aspek teknikal akan dikendalikan daripada pihak FAM.

“Kita lihat sudah ada bibit kejayaan apabila dalam kejohanan bawah 17 tahun tempoh hari kita mendapat naib juara.

“Jadi ini adalah perubahan kecil yang kita lakukan supaya kita dapat memastikan pemain NFDP dapat digarap untuk kejayaan lebih besar akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kem Fasa 1 Temasya Sukan Para Asean 2027 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol. Hadir sama, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Pada masa sama, Jefri berkata, peruntukan yang diterima daripada kerajaan akan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan pengurusan jurulatih, atlet dan pemantauan prestasi secara menyeluruh.

Sebagai rekod, Malaysia muncul naib juara Kejohanan Asean B-17 2026 selepas tumpas kepada Vietnam 0-3 pada perlawanan akhir.

Penstrukturan semula NFDP mula tunjuk bibit kejayaan – Jefri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker