Imigresen FC buru kedudukan kelima Liga Super
Imigresen FC buru kedudukan kelima Liga Super

Alor Setar: Imigresen FC bertekad melengkapkan aksi Liga Super musim ini dengan mengutip mata penuh di hadapan penyokong sendiri apabila melayan Melaka FC di Stadium Tuanku Syed Putra (STSP), Kangar, Sabtu ini.
Kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut iaitu 5-0 ke atas PDRM FC, DPMM FC (3-1) dan Terengganu FC (3-1) membolehkan mereka mencapai sasaran apabila berada di tempat keenam liga ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan berkata, momentum cemerlang dalam tiga perlawanan lalu mahu diteruskan skuad The Mighty Tigers pada aksi terakhir di laman sendiri untuk memburu tangga kelima Liga Super musim ini.
“Perlawanan terakhir Sabtu ini adalah kemuncak segala keringat dan usaha yang dicurahkan pemain serta barisan kejurulatihan sepanjang musim ini.
“Kami mempunyai peluang keemasan untuk menamatkan saingan di kedudukan lima teratas. Jika menjadi kenyataan, ia adalah pencapaian amat bermakna bagi status kami sebagai pencabar kompetitif di bawah naungan Imigresen FC.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
“Saya yakin pemain dan barisan kejurulatihan kini terus fokus dalam misi untuk melengkapkan impian kami pada musim ini,” katanya.
Syed Mahadi berkata, sebagai menghargai sokongan moral penyokong yang hadir pada aksi terakhir nanti, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti menarik di stadium termasuk hadiah cabutan bertuah antaranya motosikal elektrik, telefon bimbit pintar, televisyen, basikal dan lain-lain.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua peminat dari Kangar hingga ke Alor Setar supaya hadir ke stadium bukan saja sebagai pemain ke-12, malah menyertai dan memeriahkan hari keraian itu.
Imigresen FC buru kedudukan kelima Liga Super
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.