Wei Chong-Kai Wun tarik diri Masters Malaysia

Wei Chong-Kai Wun tarik diri Masters Malaysia

Wei Chong-Kai Wun tarik diri Masters Malaysia
KECEDERAAN lutut Wei Chong (kiri) belum pulih sebelumnya menyebabkan dia dan Kai Wun (kanan) tidak turun mempertahankan gelaran juara Masters Malaysia. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Juara bertahan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Masters Malaysia minggu depan susulan kecederaan lutut dialami Wei Chong belum pulih sepenuhnya.

Pasangan ranking keenam dunia itu sebelum ini diharapkan menjadi sandaran utama negara selepas muncul juara kejohanan bertaraf Super 500 itu tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan kecederaan dialami Wei Chong yang turut mengehadkan aksinya ketika kempen Piala Thomas di Denmark, baru-baru ini memaksa pasangan negara berkenaan berehat lebih lama.

Situasi itu turut menyaksikan Wei Chong-Kai Wun mengambil keputusan menarik diri daripada tiga kejohanan berturut-turut termasuk Terbuka Singapura dari 26 hingga 31 Mei serta Terbuka Indonesia pada 2 hingga 7 Jun depan.

Langkah itu diambil bagi memastikan Wei Chong dapat menjalani proses pemulihan sepenuhnya sebelum kembali menyertai saingan kompetitif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat


Ketiadaan pasangan negara itu pastinya memberi tamparan buat kem Malaysia memandangkan mereka hadir selaku juara bertahan selepas menewaskan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada final edisi lalu.

Penarikan diri itu hadir hanya beberapa hari selepas Wei Chong mendirikan rumah tangga bersama Ai Ting, minggu lalu.

Masters Malaysia dijadual berlangsung di Unifi Arena dari 19 hingga 24 Mei ini dengan tumpuan kini dijangka terarah kepada pasangan utama lain seperti Aaron-Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menggalas cabaran negara.

Wei Chong-Kai Wun tarik diri Masters Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker