‘Pemain kami untuk Sukma, TNB pula dibarisi pemain kebangsaan’

‘Pemain kami untuk Sukma, TNB pula dibarisi pemain kebangsaan’

'Pemain kami untuk Sukma, TNB pula dibarisi pemain kebangsaan'
KETUA jurulatih Young Elephants Pahang, Mohd Sufian Mohamad. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Kekalahan besar 0-10 di tangan pasukan TNB pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) – TNB 2026, kelmarin, tidak terlalu memilukan ketua jurulatih Young Elephants Pahang, Mohd Sufian Mohamad.

Menurutnya, dia tidak pelik dan terlalu terkilan apabila tewas dengan jumlah jaringan besar kerana lawan membariskan pemain kebangsaan yang berpengalaman di pentas antarabangsa.

“Young Elephants Pahang membariskan pemain muda yang akan beraksi di pentas Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, Ogos depan, sedangkan TNB tampil dengan pemain kebangsaan.

“Jadi, mana mungkin kita mampu menghalang kehebatan mereka dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan dipamerkan pemain Young Elephants Pahang.

“Pemain turun dengan semangat melawan walaupun TNB bukan tandingan mereka di pentas MHL -TNB musim ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat


Mohd Sufian berkata, walaupun tewas dengan jumlah jaringan besar, apa yang penting pemain meraih banyak pengalaman berharga dalam usaha meraih kejayaan pada masa akan datang di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Menurutnya, misi untuk pemain menimba pengalaman menjadi tumpuan utama sebagai persiapan menghadapi saingan Sukma tidak lama lagi.

‘Pemain kami untuk Sukma, TNB pula dibarisi pemain kebangsaan’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker