Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)



Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

Polis sudah menahan seorang lelaki yang mencederakan seorang pemandu kereta e-hailing sebelum melarikan kenderaan berkenaan di Jalan Sentul Pasar, di sini, petang semalam.

Terdahulu tular beberapa video dan gambar yang dirakam oleh orang ramai di Jalan Sentul Pasar, menunjukkan suspek bergelut selepas menikam bahagian leher pemandu Grab berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata suspek berusia 23 tahun itu ditahan di Kota Damansara oleh sepasukan Polis Daerah Sentul, hasil risikan dan siasatan berdasarkan maklumat yang diterima.

“Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari, mangsa berusia 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya dengan menggunakan aplikasi ‘In Driver’.




“Setelah sampai ke destinasi di Sentul Pasar, mangsa memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar namun suspek meminta nombor akaun milik mangsa kerana mahu membuat bayaran secara atas talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, suspek secara tiba-tiba menikam leher mangsa sebelum menarik keluar mangsa dari kereta.

“Pada masa sama berlaku pergelutan sebelum suspek melarikan kereta Proton Saga milik mangsa berwarna kelabu, bernombor pendaftaran BPV5859 serta beberapa barang peribadi milik mangsa.

“Mangsa kemudian dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata suspek diberkas jam 12 tengah hari tadi sebelum polis menemui semula kereta yang dilarikan serta pisau yang digunakan untuk mencederakan mangsa.




Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat sekiranya didapati bersalah. BH

Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.