Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

AKTIVIS tempatan, Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitnah pelakon dan pengacara televisyen Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial Instagram dan Twitter tahun lepas, mula mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900 ribu daripada artis tersebut.

Surat tuntutan telah dihantar melalui serahan tangan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada Nabila Huda pada hari 20 Januari lalu.



Tuntutan tersebut dibuat setelah aktivis itu mendapat nasihat daripada barisan peguamnya.

Aktivis itu mendakwa Nabila telah menyebarkan berita palsu dan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada 25 Disember tahun lepas dengan memuat naik, menulis dan menerbitkan melalui aplikasi Instagram dengan menggunakan nama akaun ‘kupu-kupu’.

Malah, Fatimah mendakwa Nabila telah membangkitkan kebencian orang ramai terhadap dirinya apabila membaca apa yang telah ditulis serta diterbitkan oleh pelakon tersebut.

Nabila didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.



Pada tarikh yang sama, Nabila juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuklah di Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.

“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa yang didakwa Nabila Huda dan dia telah menerima kecaman, ugutan dan komen-komen yang tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut,” kata Nurul Hafidzah kepada URTV.

Sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM 900 ribu atau ganti rugi yang setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwaan fitnah tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis tempatan itu akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.



Aktivis itu juga mendakwa yang perkara tersebut telah menyebabkan dirinya mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan berita palsu dan fitnah yang telah dimuat naik dan diulang siar oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain setelah melihat “postings” berkenaan.

Dia juga mendakwa fitnah dan berita palsu itu juga telah turut memberi kesan buruk kepada ahli keluarganya.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid. Utv

Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker