Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Melihat kemenangan Aliff Azizi sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 itu, membuatkan Aaron Azizi menitip pesanan dan nasihat buat ‘orang kampungnya’ itu sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan penyanyi tersebut di Instagram nya.

Nasihati Aliff Jauhi Orang Toksik



Pelakon filem popular Ombak Rindu dan KL Gangster ini, menitipkan pesanan istimewa buat Aliff agar sentiasa merendah diri dan jauhi orang toksik serta dalam masa yang sama mengingatkan penyanyi tersebut bahawa rezeki yang diberi bukan untuk diri semata tapi untuk keluarga.

“Tahniah Adik. Abang bangga dengan kau. Abang tahu kau boleh buat sesuatu yang besar dan capai sesuatu bukan saja untuk diri kau tapi untuk isteri dan anak-anak juga.

Ingat pesanan abang dalam perbualan DM kita. Jangan lihat kebelakang cuma melangkah ke depan baru lah kita boleh ke hadapan.

Semua rezeki bukan untuk diri kita sebagai suami dan ayah tapi untuk keluarga. Alhamdulillah ALLAH naik kan kau dan memberkati mu dengan kemunculan hebat ini.



Sentiasa merendah diri dan jauhi orang toksik.

Tahniah sekali lagi @iamaliffaziz” tulisnya

Netizen Doakan Kejayaan Aliff Aziz
Melihat kapsyen Aaron di Instagram membuatkan orang ramai turut sama memberi komen nasihat, dan mendoakan kejayaan Aliff Aziz dalam dunia hiburan.

“Alhamdulillah.. Dan tahniah semoga Allah sentiasa menjaga Alif, isteri dan anak-anak.. Maju ke hadapan”



“Terus ke depan dan tetap merendah diri”

“Kata-kata yang baik Aaron.. Tolong terus bimbing dia sebagai adik anda dalam Islam.. Dia seorang yang hebat.. Terima kasih kepada Allah. Alhamdulillahi taala”

“Alhamdulillah.. Tahniah buat @iamaliffaziz…. Rezeki tak pernah salah alamat #syukur” komen mereka

Sekadar info, Aliff Aziz pernah terpalit dengan beberapa kontroversi panas yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia dan juga Singapura. Diharap dengan kemenangan yang diperolehi ini, dapat membuatkan penyanyi ini bersikap lebih matang, bertanggungjawab dan buka buku baru dalam hidup.



Apa-apa pun tahniah Aliff Aziz!

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]



Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker