SPRM mahu kerjasama semua pihak tambah baik pencegahan rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru semua pihak agar meneruskan jalinan kerjasama bagi menambahbaik usaha pencegahan rasuah di negara ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, SPRM berkata, suruhanjaya itu tertakluk kepada bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa.

Menurutnya, pihaknya akan mengkaji hasil penemuan Transparency International Malaysia (TI-M) berkaitan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang dikeluarkan hari ini.

“Kami akan memberi cadangan mengenainya dalam masa terdekat.

“Kami juga akan memberi perhatian serius terhadap keputusan skor dan kedudukan CPI 2021 ini,” katanya.

CPI 2021 menunjukkan skor Malaysia turun daripada 51 ke 48 iaitu penurunan berturut-turut sejak 2019.

Negara pernah menunjukkan peningkatan pada 2019 apabila melonjak ke tangga 51 berbanding kedudukan ke 61 dalam CPI sebelum itu.

SPRM mahu kerjasama semua pihak tambah baik pencegahan rasuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker