Senarai Homestay Di Johor Bahru Yang Menarik Untuk Keselesaan Maksima

 

Jom Kita Ke sana…Senarai Homestay Di Johor Bahru Yang Menarik Untuk Keselesaan Maksima

Menjadi gerbang untuk ke Singapura, Johor Bahru adalah salah satu destinasi di selatan semenanjung yang memiliki keunikan dan kehebatannya yang tersendiri, ada juga  tarikan yang bertaraf antarabangsa bertapak di sini yang tak lain tak bukan adalah Legoland yang menempatkan lebih daripada 70 jenis permainan / tarikan.

Bukan itu sahaja, pusat-pusat membeli-belah, kedai makan menarik dan tarikan alam semula jadi tidak kurang banyaknya di bandar ini, pendek kata, memang lengkaplah pakej Johor Bahru sebagai sebuah pusat pelancongan.

Memandangkan banyak sekali aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini, maka lahirlah juga begitu banyak pilihan homestay untuk memudahkan pelancong yang datang bersama keluarga.

Dalam banyak-banyak jenis penginapan yang ada, homestay menjadi pilihan ramai dek kerana keluasan, kelengkapan dan juga keselesaan yang ditawarkannya dalam harga yang sangat berpatutan. Namun begitu, tak semua homestay mencapai tahap kualiti yang didambakan.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan dalam proses yang agak memeningkan kepala ni, kami telah menyenaraikan antara homestay terbaik yang terdapat di Johor Bahru. Dah jumpa yang suka, book terus ya?

Kandungan [tunjuk]

37. Luxury Designer Ensuite

Luxury Designer Ensuite @ Danga Bay (Besides Beach) - Gambar Hotel

Luxury Designer Ensuite yang terletak di Jalan Persiaran Danga Perdana bersebelahan dengan kawasan pantai adalah sebuah apartment bergaya mewah yang lengkap dengan 2 buah bilik tidur. Ia juga dilengkapi dengan banyak kemudahan lain yang dapat memberikan anda keselesaan seperti berada di rumah sendiri. Bukan itu sahaja, kemudahan yang disediakan juga cukup berkualiti tinggi, untuk pengetahuan anda, katil-katilnya sungguh empuk untuk tidur malam yang lena.

Baca: Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Johor Bahru

Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti gimnasium, kolam renang di Sky Garden dan taman permainan. Ingin melakukan aktiviti sambil merasai bayu laut? Ada banyak permainan menarik yang ditawarkan di pantai.

Luxury Designer Ensuite @ Danga Bay (Besides Beach) - Gambar Bilik

Dah puas beraktiviti dan ingin berehat? Sebaik pulang ke apartment anda sekeluarga boleh melayan pelbagai jenis movie menarik melalui saluran Netflix yang disediakan pihak homestay.

Lokasinya, adalah berdekatan dengan tarikan seperti Danga Bay Theme Park, Johor Zoo, Laman Mahkota Istana Bukit Serene dan banyak lagi.  Serba lengkap, selesa dan strategik, harganya pun cukup berpatutan, apa lagi yang anda fikirkan?

Harga: Dari RM221+ Semalaman

Alamat: Jalan Persiaran Danga Perdana, 80200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


36. Taman Mount Austin Apartment

Taman Mount Austin Apartment - Gambar Homestay

Taman Mount Austin Apartment adalah sebuah apartment selesa yang dihias dengan menarik menggunakan gabungan warna yang harmoni pada pandangan mata dan melahirkan suasana santai.

Terdapat beberapa unit penginapan yang ditawarkan seperti apartment dengan balkoni, apartment dengan pemandangan tasik (5–7 orang penginap) dan studio apartment (4 orang penginap).  Kesemua unit cukup luas dan lengkap dengan pendingin udara, ruang tamu, dapur dan pelbagai lagi kemudahan lain yang menjadikan ianya selesa untuk diinapi bersama keluarga.

Taman Mount Austin Apartment - Gambar Bilik

Selain itu, sebagai penginap apartment ini, anda boleh menggunakan pelbagai lagi fasiliti lain seperti kafe, taman, lounge untuk bersantai, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kafe dan restoran yang menarik untuk anda menjamu selera bersama keluarga.

Harga: Dari RM120+ Semalaman

Alamat: Jalan Persiaran putra jaya Cube 8 teens, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


35. Minimalist Twin Galaxy

Minimalist Twin Galaxy - Gambar Homestay

Minimalist Twin Galaxy seperti namanya, menggambarkan konsep minimal yang diketengahkan dalam seni rekaan dalamannya. Walaupun simple, gabungan warna yang digunakan sangat menyejukkan mata.

Cermin yang luas dari lantai ke silingnya juga mencurahkan cahaya natural yang dapat memaksimakan lagi suasana santai apartment. Sambil mendapatkan vitamin D daripada sinaran cahaya matahari pagi, anda juga boleh menyaksikan pemandangan indah sekitar lautan biru yang terbentang luas.

Selain suasana yang selesa dan pemandangan yang menarik, lebih sebab kenapa anda perlu book apartment ini adalah kerana kemudahannya yang cukup lengkap. Dari dapur yang sempurna dengan pelbagai peralatan hinggalah kepada mesin basuh. Merancang untuk menginap lama, memang tak rugi kalau book apartment ni.

Minimalist Twin Galaxy - Gambar Bilik

Di samping itu, sepanjang berada di sini, anda juga boleh menggunakan banyak lagi fasiliti lain seperti kolam renang, gimnasium, taman untuk bersantai dan taman permainan kanak-kanak. Di depan apartment ini pula terdapat kedai runcit yang dibuka 24 jam. Lapar? Ada banyak restoran yang boleh anda singgah di sekitar hotel.

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: Block D, 14-03, Twin Galaxy Residences, Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor, Malaysia., 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


34. D’Inspire Residence

D'Inspire Residence - Gambar Homestay

D’Inspire Residence adalah sebuah penginapan dengan 3 buah bilik yang serba lengkap seperti mana homestay lain.

Yang menariknya, ia juga turut menyediakan bilik mandi yang lengkap dengan tab mandian. Bagi sesiapa yang bercadang untuk berendam dalam kolam dalam keadaan penuh privasi, apa yang difikirkan lagi? Book secepat mungkin!

D'Inspire Residence - Gambar Bilik

Selain itu, penginapan jenis apartment ini juga lengkap dengan banyak lagi fasiliti lain seperti sauna dan taman permainan kanak-kanak.

Lokasinya, cukup menarik kerana terletak hanyalah dalam sekitar 2 km dari AEON dan juga TGV Bukit Indah.

Harga: Dari RM136+ Semalaman

Alamat: Jalan Bestari 15/2 A#21-08, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


33. KSL JB Studios

KSL JB Studios - Gambar Homestay

Bagi yang memiliki anak kecil, sila berikan sepenuh perhatian anda kepada KSL JB Studios. Ini kerana penginapan-penginapan yang ditawarkan mereka cukup unik dan menarik untuk menceriakan keluarga.

Baca: 27 Hotel Menarik Di Johor Bahru Yang Luar Biasa

Untuk pengetahuan anda, KSL JB Studios menawarkan penginapan yang berkonsepkan kartun dan dunia fantasi seperti Minions, Cars dan Star Wars. Untuk penginap yang inginkan suasana yang lebih santai, KSL JB Studios turut menawarkan penginapan seperti Cosy Studio, Periwinkle Studio dan lain-lain.

KSL JB Studios - Gambar Bilik

Selain berkonsep menarik, studio-studio yang ditawarkan juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dapur dengan perkakasannya dan juga Smart TV yang menawarkan banyak movie menarik.

Kedudukannya? Terletak berdekatan dengan banyak kedai makan yang dibuka 24 jam. Bagi yang crave nak makan makanan Jepun atau oden tu, bolehlah singgah ke Family Mart yang ada di sini.

Harga: Dari RM169+ Semalaman

Alamat: Jalan Seladang Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


32. D’Esplanade

D'Esplanade (WIFI)@JB City Homestay - Gambar Homestay

D’Esplanade menawarkan beberapa jenis penginapan yang dihias dengan minimal namun beraura homey dan santai cukup sesuai untuk percutian bersama keluarga. Dari homestay ini juga anda boleh menyaksikan pemandangan yang menarik dari ruang balkoni atau tingkap.

Antara kemudahan yang disediakan adalah dapur yang dilengkapi dengan perkakasan, mesin basuh dan banyak lagi. Mengenai kemudahan lain yang ada adalah seperti sauna, taman dan kolam renang.

D'Esplanade (WIFI)@JB City Homestay - Gambar Bilik

Lokasinya, hanyalah sekitar 2.9 km dari Angry Birds Activity Park dan 3.5 km dari JB City Square. Tarikan lain seperti pawagam MBO, taman air Dinosaurs, karaoke lounge, Tesco hypermarket dan banyak lagi cukup mudah untuk diakses dari homestay ini.

Harga: Dari RM221+ Semalaman

Harga Apartment Untuk 6 Pax: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: Jalan Seladang, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


31. Southkey Mosaic @ JB City Homestay

Southkey Mosaic @ JB City Homestay - Gambar Homestay

Southkey Mosaic menawarkan  dua jenis penginapan iaitu apartment 2 bilik tidur (4 orang penginap) dan juga apartment dengan 3 bilik tidur (6 orang penginap).

Setiap unit memiliki ruang dapur yang dilengkapi dengan pelbagai perkakasan serta snek untuk kudapan, ya, macam di rumah sendiri. Bagi yang bercadang untuk bercuti panjang di sini, jangan risau, mesin basuh juga turut disediakan. Di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan penting yang memaksimakan keselesaan, untuk apartment 3 bilik tidurnya pula, terdapat tab mandian yang boleh anda gunakan untuk memanjakan badan setelah seharian berjalan.

Southkey Mosaic @ JB City Homestay - Gambar Bilik

Ingin melakukan aktiviti yang lebih menyeronokkan? Anda boleh menuju ke gimnasium atau bermandi-manda di kolam renang yang disediakan khas untuk semua penginap apartment.

Mengenai lokasinya pula, cukup menarik kerana terletak hanyalah di belakang Mid Valley dan dikelilingi oleh banyak kedai makan.

Harga: Dari RM188+ Semalaman

Harga Untuk 3 Bilik/6+ Pax: Dari RM258+ Semalaman

Alamat: Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


30. 1Tebrau Premium Suites by 12stay

1Tebrau Premium Suites by 12stay - Gambar Homestay

Bercadang untuk bermandi-manda bila bercuti nanti? Menginaplah di homestay jenis apartment yang dilengkap dengan kolam renang, salah satunya adalah di 1Tebrau Premium Suites. Selain itu, anda juga boleh memilih daripada pelbagai jenis apartment yang bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga yang dibawa iaitu dari apartment untuk 2 orang penginap, apartment 2 bilik untuk 4 orang, hinggalah kepada apartment 3 bilik untuk keselesaan 5–6 orang penginap.

Bagi yang ingin berbajet dan hanya bercuti berdua, anda boleh memilih  apartment basic yang dihias dengan simple tapi tetap cosy. Dari unit-unit yang ditawarkan, anda dapat menikmati sama ada pemandangan bandar atau tasik.

1Tebrau Premium Suites by 12stay - Gambar Bilik

Sambil berehat-rehat di dalam homestay ini, anda boleh menghiburkan diri dengan menggunakan wifi percuma yang disediakan atau menonton tv. Mengenai kemudahan lain di apartment ini, fasiliti seperti bilik sauna, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak turut disediakan.

Harga: Dari RM124+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 3 Bilik/6+ Pax: Dari RM259+ Semalaman

Alamat: Block B-01-18, 1 Tebrau, Jalan Tebrau 1, Tebrau, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


29. FlexiAsia Bayu Puteri Apartment-Crescent Bay Suites

FlexiAsia Bayu Puteri Apartment Crescent Bay Suite - Gambar Homestay

Sekiranya tahap keselamatan yang tinggi adalah perkara yang penting bagi anda, FlexiAsia Bayu Puteri Apartment-Crescent Bay Suites adalah apartment yang patut anda booking. Selain itu, apartment ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, taman untuk bersantai, gelanggang tenis dan gimnasium.

Terdapat 2 jenis penginapan yang ditawarkan iaitu apartment 2 bilik (4–5 orang penginap) dan apartment 3 bilik (6–7 orang penginap). Apartment ini terletak di aras yang tinggi di mana anda sekeluarga dapat menyaksikan pemandangan laut biru yang cukup memukau.

FlexiAsia Bayu Puteri Apartment Crescent Bay Suite - Gambar Bilik

Lokasinya, hanyalah 10 minit dari KSL City, City Square, Pelangi Plaza, IKEA, serta Tebrau City, dan hanyalah 5 minit dari AEON Permas Jaya. Yang menariknya, pihak apartment turut menyediakan shuttle percuma untuk ke KSL dan CIQ (bangunan imigresen) setiap 1 – 1.5 jam.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 3 Bilik/6+ Pax: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Crescent Bay Suites Jalan Bayu Puteri 2 Taman Bayu Puteri, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


28. OYO Home 89312 Fantastic 1BR Starview Bay

OYO Home 89312 Fantastic 1BR Starview Bay - Gambar homestay

Siapa sangka sebuah homestay jenis apartment yang dihias dengan menarik menggunakan warna natural ini ditawarkan dari harga yang cukup menggembirakan poket iaitu hanya dari RM117+ semalaman.

Di samping murah dan sedap dipandang, OYO Home 89312 Fantastic 1BR Starview Bay juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang memaksimakan keselesaan seperti dapur yang dipenuhi dengan pelbagai peralatan asas, mesin basuh dan ruang tamu yang lengkap dengan tv sebagai hiburan. Suasana di sekitar apartment juga cukup selesa, sunyi daripada sebarang gangguan bunyi untuk tidur malam yang lena.

Harga: Dari RM117+ Semalaman

Alamat: 100, Starview Bay, Teluk Bintang, Jalan Forest City 5, Pulau Satu , Gelang Patah, Johor Bahru, 81550 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


27. AEON Cozy HomeStay

Bukit Indah @ Nusa Bestari - Gambar Homestay

Bercadang untuk bercuti beramai-ramai di Johor Bahru tapi masih nak simpan lebih bajet untuk beraktiviti tapi dalam masa yang sama ingin memberikan keselesaan kepada semua ahli keluarga? Tak perlu pandang tempat lain lagi, menginaplah di Cozy HomeStay.

Apartment yang luas dan serba lengkap tidak ubah seperti di rumah sendiri ini dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada 6 ke 8 orang penginap, lengkap dengan 3 buah bilik tidur yang selesa.

Bukit Indah @ Nusa Bestari - Gambar Bilik

Selain kemudahan dan keselesaan di dalam apartment, anda juga boleh berseronok menggunakan fasiliti lain yang disediakan seperti kolam renang.

Harga: Dari RM137+ Semalaman

Alamat: Jalan Bestari 15/2 D’Inspire Residence, 81300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


26. HomiezLiving Cozy Suite

NAYSHOME Sky Habitat Johor - Gambar Homestay

HomiezLiving adalah sebuah penginapan menarik dengan konsep hiasan dalaman yang sungguh sejuk dipandang. Menggabungkan pelbagai tona kelabu, coklat dan hitam, suasana di dalam apartment bajet ini kelihatan cukup homey dan santai. Sebagai info, apartment dengan 2 buah bilik tidur ini dapat memberikan keselesaan kepada 5 orang penginap.

Setelah puas berseronok di sekitar JB, setibanya di apartment ini anda boleh menyegarkan badan di kolam renang yang disediakan. Atau sekiranya terasa bersalah akibat berjalan-jalan cari makan sampai terlupa dunia, anda boleh membakar kalori di gimnasiumnya yang serba lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.

NAYSHOME Sky Habitat Johor - Gambar Bilik

Lokasinya, hanyalah 10 minit pemanduan untuk ke CIQ, JBCC, Mid Valley KSL, City Square, AEON Tebrau, IKEA dan banyak lagi. Memang  strategik!

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: Jalan Bayu Puteri 2, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


25. NAYSHOME Sky Habitat Johor

NAYSHOME Sky Habitat Johor - Gambar Homestay

NAYSHOME Sky Habitat Johor merupakan sebuah apartment dengan 2 buah bilik tidur dari harga yang cukup berpatutan iaitu serendah RM250+ semalaman, untuk penjimatan yang lebih, bagi anda yang datang bercuti bertiga atau berdua, boleh menyewa mana-mana bilik di apartment ini dalam harga hanyalah semurah RM110+ semalaman.

NAYSHOME Sky Habitat Johor - Gambar Bilik

Secara keseluruhannya, apartment ini dihias dengan penuh kreatif dengan aura vintaj. Sekiranya anda ingin penginapan yang murah dan dalam masa yang sama memiliki keunikan tersendiri dari segi dekorasi dalamannya, bookinglah NAYSHOME Sky Habitat Johor sebelum terlepas.

Harga Sebuah Bilik: Dari RM110+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/5 Pax: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Jalan Tenteram Unit 08, Level 25, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


24. 1 Tebrau Suites by Subhome

1 Tebrau Suites by Subhome - Gambar Homestay

1 Tebrau Suites by Subhome adalah sebuah penginapan jenis apartment dengan 2 buah bilik yang dihias dengan konsep moden menggunakan tona warna yang lembut untuk melahirkan mood santai.

Homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti wifi percuma, dapur dengan perkakasan, mesin basuh serta ruang tamu yang selesa. Untuk mengisi masa lapang, anda boleh bermandi-manda di kolam renang atau bersenam di gimnasium.

1 Tebrau Suites by Subhome - Gambar Bilik

Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh memilih untuk menyewa sama ada deluxe suite ataupun premium suite yang terdapat dalam apartment ini untuk  penjimatan yang lebih dengan harga yang bermula hanyalah daripada RM102+ semalaman.

Harga: Dari RM102+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/4 Pax: Dari RM229+ Semalaman

Alamat: Lobby, 1 Tebrau, Jalan Tebrau, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


23. OYO Home 43995 Premium 3br 1tebrau Residences

OYO Home 43995 Premium 3br 1tebrau Residences - Gambar Homestay

OYO Home 43995 Premium 3br 1tebrau Residences adalah sebuah apartment moden dengan 3 buah bilik tidur yang dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap.

Sepanjang berada di sini, anda sekeluarga boleh bermandi-manda di kolam renang apartment yang mana tahap kebersihannya mendapat pujian ramai.

OYO Home 43995 Premium 3br 1tebrau Residences - Gambar Bilik

Setelah badan segar, anda boleh melayan internet yang berkelajuan superb sambil bersantai-santai di atas katil yang sungguh empuk.

Lokasinya, hanyalah 5 km dari JB City Square dan Angry Birds Activity Park, 10 km dari Singapore Turf Club dan 11 km dari Causeway Point.

Harga: Dari RM313+ Semalaman

Alamat: 8, Jalan Tebrau, Jln Seri Setanggi, Taman Seri Setanggi, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


22. Marina Cove Executive Suite

Marina Cove Executive Suite @ Johor Bahru - Gambar Homestay

Marina Cove Executive Suite menawarkan beberapa buah homestay yang terletak di dalam sebuah bangunan apartment yang gah, bertentangan sahaja dengan Singapura yang dipisahkan oleh lautan biru.  Untuk menikmati pemandangan laut ini, anda boleh menggunakan gimnasium yang disediakan.

Marina Cove Executive Suite @ Johor Bahru - Gambar Bilik

Tak layan gym? Tak apa, ada banyak lagi fasiliti menarik lain yang boleh anda sekeluarga gunakan untuk memenuhkan hari cuti dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti bilik permainan snooker, bilik permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, rock climbing, kolam renang dan sebagainya.

Harga: Dari RM284+ Semalaman

Alamat: Jalan Sultanah Aminah, 80050 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


21. The Pinnacle Tower

The Pinnacle Tower Johor Bahru - Gambar Homestay

The Pinnacle Tower menawarkan 2 jenis homestay iaitu apartment dengan 2 bilik tidur dan juga apartment dengan 3 buah bilik tidur daripada harga yang sangat berpatutan, lebih-lebih lagi kerana setiap biliknya lengkap dengan pendingin udara. Saiz apartment yang juga agak luas ini dapat memberikan keselesaan kepada ahli keluarga yang ramai.

Mengenai fasiliti lain yang ditawarkan, apartment ini lengkap dengan kolam renang (terbuka dan tertutup), gimnasium, serta ruang taman untuk anda bersantai menikmati pemandangan luar. Selain itu, taman permainan kanak-kanak turut disediakan untuk menggembirakan hati si comel.

The Pinnacle Tower Johor Bahru - Gambar Bilik

Tak cukup lagi? Permainan seperti dart dan juga snooker turut disediakan untuk kegunaan semua penginap apartment. Mana lagi nak cari apartment yang best macam ni?

Lokasinya cukup strategik kerana terletak hanyalah dalam sekitar 3 km dari Angry Birds Activity Park dan JB City Square. Tidak jauh dari apartment ini juga terdapat mini mart yang dibuka 24 jam.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 3 Bilik/5 Pax: Dari RM238+ Semalaman

Alamat: Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


20. Grand Medini DELUXE King Studio

Grand Medini DELUXE King Studio - Gambar Homestay

Grand Medini DELUXE King adalah sebuah penginapan jenis studio apartment untuk 4 orang penginap yang dihias dengan simple namun tetap menarik untuk dipandang.

Apartment ini lengkap dengan sebuah bilik tidur, ruang tamu, dapur dan juga ruang makan. Untuk lebih memudahkan lagi para penginap, mesin basuh turut disediakan, tak perlulah anda bersusah-payah mencari dobi untuk mencuci pakaian bila dah penat berjalan nanti.

Grand Medini DELUXE King Studio - Gambar Bilik

Di samping ini semua, apartment ini turut lengkap dengan pelbagai lagi fasiliti lain seperti pusat rawatan spa, kolam renang dan juga gimnasium. Selain itu, taman permainan kanak-kanak dan juga taman untuk anda bersantai menikmati pemandangan penuh kehijauan turut disediakan.

Harga: Dari RM141+ Semalaman

Alamat: Grand Medini Residence Block A 11 – 05, Jalan Medini Utara 8, Taman Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor, Malaysia, 79250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


19. Holi Suasana Suite

Holi Suasana Suite - Gambar Homestay

Holi Suasana Suite menampilkan 2 jenis penginapan iaitu deluxe apartment dan juga apartment 2 bilik. Penginapan moden ini lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada seluruh ahli keluarga sepanjang penginapan. Kesemua unit yang ditawarkan juga lengkap dengan katil yang sungguh empuk untuk rehat yang sebenar sebelum memulakan aktiviti.

Baca: 32 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru

Selama  anda menginap di sini, anda boleh menggunakan banyak kemudahan lain yang disediakan seperti wifi percuma, gimnasium, kolam renang dan lain-lain

Holi Suasana Suite -Gambar Bilik

Lokasinya, hanyalah 2.8 km dari Angry Birds Activity Park, 1.6 km dari JB City Square dan 9 km dari Singapore Turf Club. Kedudukan apartment ini juga tidak jauh dari bangunan Komtar. Selain itu, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke CIQ (Johor Bahru Checkpoint). Bagi yang bercadang nak bercuti ke Singapura tu, ini adalah salah satu penginapan terbaik yang boleh dipilih.

Harga: Dari RM270+ Semalaman

Alamat: Suasana Suites,82C Jalan Trus 2403, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


18. Loft Apartment

Loft Apartment - Gambar Homestay

Apa? Hanya RM220+ semalaman untuk penginapan bagi 8 orang? Macam tak percaya, tapi inilah yang ditawarkan Loft Apartment yang terletak di Jalan Persiaran Tanjung Susur. Apartment dengan 3 buah bilik tidur ini lengkap dengan katil yang super empuk untuk tidur malam yang dapat membuat anda dibuai mimpi indah.

Dalam harga semurah ini, kemudahan yang disediakan ternyata agak ‘melampau’, setiap ruang rumah ini lengkap dengan pelbagai peralatan dan perkakasan seperti di rumah sendiri.

Loft Apartment - Gambar Bilik

Bagi yang membawa anak kecil, mereka pasti gembira melihat sudut rumah yang menempatkan banyak permainan papan. Duduk rumah sahaja pun bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga.

Nak merasa angin di luar? Anda boleh menggunakan fasiliti lain yang ada seperti kolam renang terbukanya atau membawa anak bermain di taman permainan.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Persiaran Tanjung Susur 1, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


17. ARA Muslim House @ Mutiara Heights Johor Bahru

ARA Muslim House @ Mutiara Heights Johor Bahru - Gambar Homestay

Inginkan homestay dengan keluasan yang memuaskan hati untuk memuatkan bilangan ahli keluarga yang besar? Tiada pilihan homestay yang lebih tepat daripada ARA Muslim House yang terletak di Taman Bukit Mutiara ni.

Rumah yang luas ini lengkap dengan 4 buah bilik tidur yang selesa. Segala fasiliti seperti peralatan memasak dan mesin basuh turut tersedia untuk memudahkan para penginap.

ARA Muslim House @ Mutiara Heights Johor Bahru - Gambar Bilik

Mengenai keseluruhan dekorasinya, agak minimal namun menerbitkan rasa santai dan selesa. Bilik-biliknya diberikan sentuhan warna tema yang berbeza. Ruang tamunya pula yang banyak menggunakan warna putih menyerlahkan lagi tahap kebersihan rumah ini yang sangat memuaskan hati.

Harga: Dari RM329+ Semalaman

Alamat: No 19, Jalan Bukit Mutiara 20, Taman Bukit Mutiara, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


16. ECO Haus Garden Residential

ECO Haus Garden Residential - Gambar Homestay

Penginapan yang seterusnya ini bakal membuatkan anda sekeluarga tak sabar-sabar nak bercuti di JB. Mana tidaknya, ECO Haus Garden Residential adalah sebuah homestay yang dapat membuatkan anda berasa seolah-olah anda memiliki resort sendiri.

Dengan kawasan taman yang luas, perhiasan dalaman yang unik dan menarik serta lengkap dengan pelbagai permainan seperti snooker, suasananya tak ubah seperti rumah percutian yang mewah bukan?

ECO Haus Garden Residential -Gambar Bilik

Walaupun harga permulaan yang ditawarkan kedengaran agak tinggi, iaitu dari RM880+ semalaman, namun saiz rumah ini yang lengkap dengan 5 buah bilik tidur dapat memberikan ruang yang selesa kepada beberapa buah keluarga besar dengan keselesaan optimum untuk 18 – 22 orang.

Ini menjadikan harganya sangat berpatutan dan mungkin juga murah lebih-lebih lagi dengan segala kemudahan yang ada dan dekorasinya yang seolah-olah diberikan sepenuh perhatian pada setiap inci. Menarik bukan? Jangan buang masa, booking secepat mungkin!

Harga: Dari RM880+ Semalaman

Alamat: 61 Jalan Indah 12/8 Taman Bukit Indah, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


15. Suasana Residences Johor Bahru

Suasana Residences Johor Bahru - Gambar Homestay

Melihat keadaan penginapan yang ditawarkan Suasana Residences Johor Bahru, macam susah nak percaya betapa murahnya harga permulaan untuk menginap semalaman di sini. Dengan kualiti seperti sebuah hotel 5 bintang ditambah lagi dengan keluasan ruangnya, harga permulaan dari RM111+ semalaman memang pilihan yang tak perlu anda fikir 2 atau 3 kali lagi.

Bukan sekadar cantik di gambar, testimoni-testimoni daripada mereka yang pernah menginap di sini juga membuktikan kualitinya yang memang mantap. Cukup ramai yang berpuas hati dengan tahap kebersihan dan juga keselesaan homestay ini.

Suasana Residences Johor Bahru - Gambar Bilik

Mengenai kemudahan yang disediakan, penginapan ini juga lengkap dengan gimnasium, kolam renang dan kafe. Di dalam homestaynya pula dilengkapi dengan kemudahan microwave, mesin basuh, tv dan banyak lagi.

Lokasinya, terletak hanyalah dalam jarak berjalan kaki sahaja dari City Square, Galleria Kota Raya dan JB Old Town dan juga bangunan imigresen.

Harga: Dari RM111+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/6 Pax: Dari RM231+ Semalaman

Alamat: Suasana Suites, 82C Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


14. Southkey Mosaic by Asiapex

Southkey Mosaic by Asiapex - Gambar Homestay

Southkey Mosaic by Asiapex menawarkan penginapan jenis apartment dengan 3 buah bilik yang luas untuk keselesaan kepada 7­­­–8 orang penginap.

Kesemua apartment ini bak kata orang putih “spotlessly clean” atau di tahap kebersihan tanpa walau sezarah pun kekotoran. Kalau ini salah satu kriteria paling penting dalam pemilihan penginapan, anda pasti akan berpuas hati dengan Southkey Mosaic.

Southkey Mosaic by Asiapex - Gambar Bilik

Salah satu kemudahan yang boleh anda manfaatkan sepanjang penginapan di sini adalah kolam renangnya. Yang menariknya, di bahagian kolam renang kanak-kanak terdapat water shooting dan juga bucket splash. Nak anak-anak lebih enjoy semasa bercuti di JB nanti? Book sahaja homestay ni.

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 5 minit berjalan kaki untuk ke Mega Mall Mid Valley @ Southkey.

Harga: Dari RM350+ Semalaman

Alamat: Southkey Mosaic Persiaran Southkey Utama, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


13. Palazio Serviced Apartment

Palazio Serviced Apartment - Gambar Homestay

Bercita-cita ingin menjadi perenang? Anda patut menginap di Palazio Serviced Apartment kerana apartment ini lengkap dengan kolam renang bersaiz Olimpik, barulah puas nak mencuba segala teknik berenang!

Setelah penat berenang, anda sekeluarga boleh merehatkan badan di dalam rumah penginapan yang selesa dan cukup homey. Untuk pengetahuan anda, Palazio Serviced Apartment menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza iaitu studio apartment, apartment dengan sebuah bilik dan juga standard apartment. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menginap di dalam apartment yang menyajikan pemandangan tasik, kolam renang ataupun bandar.

Palazio Serviced Apartment - Gambar Bilik

Dah puas berehat, banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai fasiliti lain yang disedikan oleh serviced apartment ini seperti gimnasium dan juga bilik sauna.

Lokasinya, terletak tidak jauh dari IKEA Tebray, AEON mall, Tesco, pasaraya HERO dan kedai-kedai makan seperti McD (24 jam) dan KFC. Tarikan seperti Austin Water Theme Park juga tidak jauh dari apartment.

Harga: Dari RM110+ Semalaman

Alamat: No 23, Jalan Mutiara Emas 9/14 Palazio Serviced Apartment, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


12. Setia Tropika @ JB CIty Homestay

Setia Tropika @ JB CIty Homestay - Gambar Homestay

Penginapan yang moden dan dihias dengan simple namun jelas terpancar keselesaannya ini adalah Setia Tropika.

Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di dalam apartment 3 bilik untuk 6 orang ataupun apartment 3 bilik untuk 9 orang. Setiap unit lengkap dengan ruang balkoni di mana anda boleh menikmati pemandangan indah dan udara segar. Setiap ruang di homestay ini juga dilengkapi dengan pendingin udara.

Setia Tropika @ JB CIty Homestay - Gambar Bilik

Sebagai penginap apartment ini, anda sekeluarga boleh berseronok di taman tema air yang disediakan, bermandi-manda di kolam renang, bersenam di gimnasium atau membawa anak-anak bermain di taman permainan.

Perut berbunyi kelaparan? Jangan risau, anda boleh menuju ke McD yang hanyalah beberapa tapak dari apartment.

Harga: Dari RM228+ Semalaman

Alamat: Jalan Setia Tropika 1/16, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


11. Suasana All Suites Hotel

Suasana All Suites Hotel - Gambar Homestay

Bukanlah homestay biasa, Suasana All Suites Hotel merupakan sebuah penginapan eksklusif yang cukup sesuai untuk sesiapa yang bercita rasa tinggi.

Kesemua unit suites yang ditawarkan lengkap dengan kemudahan dapur, ruang tamu, ruang balkoni, dan pelbagai peralatan asas lain. Terdapat 3 pilihan penginapan yang ditawarkan iaitu sama ada suite 1 bilik (2 orang), suite 2 bilik (4 orang) ataupun suite 3 bilik (6 orang).

Dengan harga yang ditawarkan, anda bukan sahaja dapat menginap di dalam suite yang selesa dan stylish, tapi juga tak perlu risau tentang tahap kebersihannya yang cukup tip-top. Selain itu, mengenai kemudahan yang disediakannya pula, semuanya terdiri daripada barangan yang berkualiti tinggi seperti bantal dan tilam yang memberi sokongan ortopedik, perabot dengan design ergonomik dan banyak lagi.

Suasana All Suites JB Hotel - Gambar Bilik

Di samping itu, kedudukan hotel ini juga sangat strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke banyak pusat membeli-belah. Bercadang untuk bershopping sakan di JB? Suasana All Suites Hotel adalah penginapan yang patut anda booking. Checkpoint Kastam juga tidak jauh dari sini. Inginkan kudapan? 7-11 hanyalah di tingkat bawah hotel.

Harga: Dari RM310+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 3 Bilik/6 Pax: Dari RM665+ Semalaman

Alamat: 82C Jalan Trus, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


10. Holi Southkey Art Suite

Holi Southkey Art Suite - Gambar Homestay

Holi Southkey Art Suite menampilkan homestay yang dihias minimal namun dalam masa yang sama dihidupkan dengan mural penuh warna-warni pada sebahagian dinding, cukup kreatif seperti namanya “Art Suite.” Dan kalau anda nak tahu, “Holi” ni sebenarnya bermaksud “warna-warni” dalam bahasa India. Bila suasana homestay ceria, anda sebagai penginapnya pun mesti terkena tempias “cerianya” sekali bukan?

Holi Southkey Art Suite - Gambar Bilik

Setiap penginapan yang ditawarkan lengkap dengan kemudahan memasak di bahagian dapur. Sesiapa yang nak berjimat bab makanan tu, tak rugi book homestay ni. Ruang tamunya pula lengkap dengan tv untuk dijadikan hiburan sambil bersantai. Kalau tak ada mood untuk menonton tv, anda boleh sahaja mencuci mata melihat pemandangan sekitar bandar JB.

Ingin berseronok? Anda sekeluarga boleh menuju ke  kawasan kolam renang untuk bermandi-manda sehingga puas atau membawa anak-anak bermain di taman permainan.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Bakar Batu, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


9. KSL City Mall Cosy Studio

KSL City Mall Cosy Studio at Johor Bahru - Gambar Homestay

Saksikan pemandangan bandaraya JB yang memukau serta kolam renang dari ruang balkoni KSL City Mall Cosy Studio sambil menikmati minum petang.

Bukan sahaja menyajikan pemandangan yang indah, untuk pengetahuan anda, KSL City Mall Cosy Studio juga adalah sebuah apartment moden yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri dalam harga bajet tidak lebih daripada RM250+ semalaman. Apartment ini memiliki kapasiti sehingga 6 orang, cukup selesa untuk diinapi bersama keluarga.

KSL City Mall Cosy Studio at Johor Bahru Gambar - Homestay Bilik

Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan pelbagai fasiliti lain yang ada seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium.

Harga: Dari RM228+ Semalaman

Alamat: #11-05, Block B, Pangsapuri D’Esplanade, Jalan Seladang, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


8. JB CITY D’Esplanade Apartment (SUMMER)

JB CITY D’esplanade apartment (SUMMER) - Gambar Homestay

Homestay dalam harga bajet, JB CITY D’Esplanade Apartment (SUMMER) adalah sebuah apartment yang dihias dengan ringkas namun kelengkapan yang disediakannya cukup sempurna. Tahap kebersihannya yang sangat memuaskan, kedudukannya yang strategik dan juga wifinya yang cukup pantas turut menjadi antara faktor yang membuatkan penginapan yang ditawarkan JB CITY D’Esplanade Apartment (SUMMER) menjadi pilihan ramai.

Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di dalam apartment studio ataupun apartment 2 bilik. Pilih sahaja apa yang sesuai dengan bajet dan bilangan ‘kontinjen’ percutian yang dibawa agar semuanya dapat menikmati keselesaan.

JB CITY D’esplanade apartment (SUMMER) - Gambar Bilik

Daripada harga serendah RM165+ semalaman, anda sekeluarga turut boleh menggunakan banyak lagi fasiliti lain seperti kolam renang, gimnasium dan juga bilik sauna.

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/6 Pax: Dari RM225+ Semalaman

Alamat: Jalan Seladang KSL D’Esplanades, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


7. KSL JB Suites

KSL JB Suites - Gambar Homestay

KSL JB Suites menampilkan beberapa buah homestay moden yang cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga yang besar terutama sekali homestay yang dinamakan D’Mobius Suite yang lengkap dengan 4 buah bilik tidur.

Pilihan homestay lain yang ditawarkan di bangunan yang sama adalah The Avenger’s Mansion (apartment 2 bilik), The Justice League Suite (apartment 3 bilik) dan juga beberapa buah apartment 2 bilik.

KSL JB Suites - Gambar Bilik

Kedudukannya, agak sukar dikalahkan oleh homestay lain kerana ia sebenarnya bersambungan dengan pusat membeli-belah. Sekiranya anda inginkan kemudahan untuk mencari kedai makan, membeli barangan keperluan atau bershopping sakan, tiada pilihan yang lebih tepat daripada KSL JB Suites.

Fasiliti lain yang terdapat di apartment ini adalah kolam renang dan juga taman permainan kanak-kanak.

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/6 Pax: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: Jalan Seladang Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


6. City Living With Panaromic Bayviews

City Living With Panaromic Bayviews @ Danga Bay - Gambar Homestay

City Living With Panaromic Bayviews menawarkan penginapan moden apartment 2 bilik tidur (6 orang) dan juga apartment  sebuah bilik tidur (4 orang penginap) dari harga serendah hanya RM160+ semalaman. Walau apa pun penginapan yang dipilih, semuanya menjanjikan pemandangan yang memuaskan mata.

Sebagai penginap apartment, anda mendapat kelebihan untuk menggunakan kolam renang indoor yang disediakan. Kemudahan lain yang ada adalah seperti bilik sauna dan juga gimnasium.

City Living With Panaromic Bayviews @ Danga Bay -Gambar Bilik

Lokasinya, terletak tidak dari pusat membeli-belah sekiranya anda tak sabar-sabar nak keluar belanja atau berwindow shopping.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/6 Pax: Dari RM280+ Semalaman

Alamat:  Tropez Residence, Lobby Block C, Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


5. Sky Breeze Apartment by Home Cube

Sky Breeze Apartment by Home Cube - Gambar Homestay

Sky Breeze Apartment menampilkan homestay-homestay yang dihias dengan penuh kasih-sayang, melangkah masuk ke dalam apartment oleh Home Cube ini sungguh terserlah keselesaannya, dengan hiasan dalaman yang menarik, di mana warna-warna digabungkan dengan kreatif dan penuh harmoni.

Jenis penginapan yang ditawarkan adalah apartment 3 bilik (6­–9 orang) dan juga apartment 2 bilik (5 orang). Setiap unit apartment ini lengkap dengan dapur, ruang makan dan juga ruang tamu yang selesa.

Sky Breeze Apartment by Home Cube - Gambar Bilik

Bukan itu sahaja, apartment ini juga dilengkapi dengan fasiliti menarik lain seperti pusat spa, kolam renang, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak.

Harga: Dari RM236+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 3 Bilik/6 Pax: Dari RM236+ Semalaman

Alamat: Jalan Indah 13/2 Sky Breeze Apartment, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


4. Amazing Infinity Sea View Johor Bahru

Amazing Infinity Sea View Johor Bahru - Gambar Homestay

Amazing Infinity Sea View Johor Bahru adalah sebuah apartment dengan 2 bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Berkaitan dengan fasiliti menarik lain yang ada, sebagai penginap, anda sekeluarga boleh mendapat akses khas untuk menggunakan kolam renang outdoor dan juga gimnasium. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah gelanggang tenis dan meja permainan pingpong.

Amazing Infinity Sea View Johor Bahru - Gambar Bilik

Lokasinya, hanyalah 6 km dari JB City Square, 7 km dari Angry Birds Activity Park dan 11 km dari TGV Bukit Indah. Untuk membeli barangan keperluan, pasaraya mini yang dibuka 24 jam terdapat di sekitar apartment.

Harga: Dari RM370+ 2 Malam

Alamat: Country Garden Danga bay 21-03, block 9., 80200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


3. The Aliff Residences

The Aliff Residences - Gambar Homestay

The Aliff Residences menawarkan 2 jenis penginapan iaitu apartment 2 bilik (4–8 orang) dan juga apartment 3 bilik (5–11 orang).

Apartment yang ditawarkan dihias dengan simple namun memiliki tahap keselesaan yang diharapkan daripada sebuah homestay. Lengkap dengan pelbagai kemudahan penting dan ini termasuklah ketersediaan pendingin udara di setiap ruang rumah. Selain itu, untuk tidur malam yang lena, katil bertilam empuk telah disediakan. Tidak cukup dengan itu,  tahap kebersihannya juga tidak mengecewakan hati.

The Aliff Residences - Gambar Bilik

Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti wifi percuma, mesin basuh, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/6 Pax: Dari RM145+ Semalaman

Alamat: Jalan Tahana The Aliff Residences (Pangsapuri Alif Utama), 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


2. JB City Shopping Mall Apartment

JB City Shopping Mall Apartment - Gambar Homestay

Daripada namanya sahaja seperti sudah dapat teka yang homestay ini sebenarnya bersambungan dengan pusat membeli-belah. Sekiranya anda menginap di JB City Shopping Mall Apartment, anda hanya perlu membuka langkah kaki menuju ke tingkat bawah untuk ke shopping mallnya. Di sini, segala macam kedai makan, kedai jualan dan hiburan boleh dijumpai.

JB City Shopping Mall Apartment - Gambar Bilik

Bukan itu sahaja tarikannya, memandangkan kedudukan homestay ini yang berada di tingkat atas, anda boleh menyaksikan antara pemandangan yang paling mempesonakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbit di sebalik lautan yang boleh dilihat dari sini. Berkaitan dengan kemudahannya pula, semua unit lengkap dengan akses wifi percuma, mesin basuh, kemudahan dapur dan banyak lagi.

Lokasinya, hanyalah 2.9 km dari Angry Birds Activity Park dan 3.5 km dari JB City Square. Untuk ke bangunan kastam pula hanyalah mengambil masa 15 minit pemanduan.

Harga: Dari RM188+ Semalaman

Harga Untuk Apartment 2 Bilik/6 Pax: Dari RM228+ Semalaman

Alamat: Jalan Seladang Block B, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


1. Sky88

Sky88 Johor Bahru - Gambar Homestay

Sky88 adalah sebuah apartment bergaya mewah yang membentangkan pemandangan menakjubkan sekitar bandar JB. Lengkap dengan 2 buah bilik tidur, apartment ini dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada 6 orang penginap.

Apartment ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting sebagai sebuah homestay seperti fasiliti memasak, ruang makan yang selesa dan banyak lagi. Sepanjang penginapan, anda juga boleh menggunakan kemudahan lain seperti  kolam renang, gimnasium, bilik sauna, parking percuma, wifi percuma dan taman permainan kanak-kanak.

Sky88 Johor Bahru - Gambar Bilik

Lokasinya, hanyalah 2.8 km dari Angry Birds Activity Park dan 3.4 km dari JB City Square. Di sekitarnya pula terdapat restoran dan minimart.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Harga Untuk 6 Pax: Dari RM280+ Semalaman

Alamat: 12A Jalan Dato Abdullah Tahir Setia Sky88, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com


Begitu banyak sekali homestay menarik di Johor Bahru, daripada yang simple atau minimal hinggalah kepada yang bergaya eksklusif dengan aura seperti sebuah resort, bermacam pilihan tersedia untuk disesuaikan dengan bajet anda.

Masih tak jumpa lagi pilihan yang diinginkan? Anda boleh layari booking.com untuk melihat semua jenis penginapan yang ditawarkan di bandar ini.

Baca: 35 Hotel Murah Di Johor Bahru | RM100 & RM200 Kebawah

Sekiranya anda telah jatuh hati dengan mana-mana penginapan yang disenaraikan dalam artikel ini, jangan tunda-tunda lagi, booking secepat yang mungkin sebelum diambil orang lain! Selamat bercuti ke Johor Bahru!-MaiSinggah

Senarai Homestay Di Johor Bahru Yang Menarik Untuk Keselesaan Maksima


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker