Zuhdi gesa segerakan PRU

Zuhdi gesa segerakan PRU

Seorang pemimpin PAS Pusat berpendapat pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Johor untuk mengembalikan kestabilan politik.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak boleh dibubarkan secara berasingan kerana akan memberi kesan kepada proses demokrasi yang memaksa rakyat berdepan beberapa pilihan raya berbeza.



Pandangan peribadi beliau itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang sebelum ini menegaskan mana-mana parti termasuk Umno tidak perlu mendesak kerajaan untuk mengadakan PRU15 dalam waktu terdekat.

“Saya bercakap bagi pihak sendiri sebab pendirian PAS yang akan mengatakannya adalah Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung. Pada pandangan peribadi saya, bukan hanya PRN Johor yang perlu disegerakan, tetapi PRU.

“Johor tidak boleh bubar secara berasingan. Ia akan mengganggu proses. Rakyat terpaksa hadapi beberapa pilihan raya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, mandat rakyat yang diambil tanpa pilihan raya perlu dikembalikan semula kepada rakyat.



“Saya sokong PRU. Ini pandangan peribadi. Perlu menyegerakan dan mengambil semula mandat rakyat. Mandat ini diambil di tengah-tengah. Maka perlu kembali kepada rakyat.

“Rakyat perlu diberi mandat baharu. Tetapi tidak dalam konteks negeri kerana ia akan mengganggu rakyat dengan PRN, pusat dan sebagainya,” jelasnya.

Pada 14 Jun lalu, Takiyuddin dilaporkan berkata, PAS senada dengan pendirian Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman bahawa tindakan mendesak PRU diadakan segera akan menyukarkan usaha kerajaan memerangi penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Zuhdi berkata, perubahan tampuk pentadbiran kerajaan dalam tempoh singkat juga menyebabkan pelabur asing tidak yakin dengan dasar kerajaan.



“Dalam keadaan hari ini, politik Malaysia tidak stabil, pelabur mahu kestabilan. Kalau kerajaan buat dasar sekarang, kemudian setahun dua naik kerajaan baharu, maka sudah pasti dasar berubah menyebabkan ramai pelabur tidak yakin. Bukan sahaja luar, malah dalam negara juga. Rakyat tidak yakin untuk berniaga,” katanya.

“Mahu ceburi bidang apa? Semua memerlukan kestabilan politik. Kestabilan politik membawa kepada keharmonian rakyat dan kesejahteraan ekonomi,” tambahnya. FMT

Zuhdi gesa segerakan PRU


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker