Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!

Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!

FAKTANYA Pas adalah anggota rasmi Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu dan Gerakan. Tetapi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nada Pas nampak lebih cenderung untuk memburu kemenangan atau mahu bersama dengan parti boleh menang berbanding mempertahankan keanggotaan dalam perikatan itu.

Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Sabtu lalu di Kota Bharu yang menegaskan, Pas akan berunding serta berbincang dengan UMNO, Bersatu dan rakan lain berhubung penyertaan parti itu dalam PRN tersebut agak aneh.

Kata beliau, perbincangan itu akan menentukan sama ada Pas menyertai PRN Johor secara kerjasama dengan rakan lain atau sebaliknya. Beberapa kenyataan pemimpin Pas juga menampakkan dalam parti itu ada dua kelompok – satu menyokong PN dan satu lagi mahu bers

Sepatutnya apabila sudah menjadi anggota rasmi sebuah gabungan maka dengan gabungan itulah Pas akan bersama tetapi kenyataan pemimpin Pas menampakkan seolah-olah itu mungkin tidak berlaku. Sebaliknya Pas dilihat mahu bermain politik dengan meletakkan kemenangan mengatasi kepentingan kerjasama dalam sebuah gabungan mereka sertai.

Penulis faham, dalam Pas kini sudah terpecah, hanya segelintir sahaja pemimpin yang mahu bersama dengan PN manakala sebahagian besar lagi lebih cenderung kepada Muafakat Nasional (MN). Tetapi Pas tidak mahu berterus terang kerana pemimpin-pemimpinnya berbalah sesama sendiri.

Pas patut berterus-terang bukannya berteka teki, logik apanya menjadi anggota rasmi PN tetapi mahu berunding dengan UMNO bagi menghadapi PRN Johor, sedangkan mereka tahu bagaimana hubungan politik antara UMNO dan Bersatu.

Namun seperti juga di Melaka, Pas bagaikan dipandang sebelah mata oleh UMNO apabila Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyatakan, BN akan bertanding solo dalam PRN Johor, ketika pemimpin Pas beria-ia mahu berunding dengan UMNO.

Sememangnya UMNO tidak memerlukan Pas sama ada di Melaka, Johor atau Negeri Sembilan, UMNO tahu setakat mana kekuatan Pas di Johor tetapi UMNO memerlukan Pas di Selangor jika mereka mahu merampas negeri tersebut daripada Pakatan Harapan.

Di Kelantan dan Terengganu sudah jelas, UMNO dan Pas tidak akan bekerjasama manakala di Pahang, hubungan UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional masih erat cumanya kita tidak pasti apa akan berlaku dalam PRU-15 nanti.

Di Johor, Pas patut faham, kalau berdasarkan PRU-PRU lalu, kekuatan mereka tidaklah sehebat mana sehingga memaksa UMNO merayu kepada bekerjasama dengan mereka. Pas hanya ada satu sahaja kerusi DUN iaitu di Bukit Pasir dalam Parlimen Pagoh. Untuk rekod Ahli Parlimen Pagoh adalah Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam PRU-14, Pas gagal mempertahankan empat kerusi DUN yang dimenanginya dalam PRU-13. Kerusi-kerusi itu ialah Simpang Jeram, Maharani, Parit Yaani dan Puteri Wangsa. Tiga kerusi dimenangi oleh Amanah manakala kerusi Puteri Wangsa dimenangi Bersatu.

Dan kalau Pas mahu berunding dengan UMNO adakah UMNO akan beri laluan untuk Pas bertanding di kerusi-kerusi tersebut?

Di Puteri Wangsa, Bersatu mungkin akan mempertimbangkan kerusi kepada Pas tetapi kalau UMNO belum tentu. Walaupun UMNO dan Pas kalah di keempat-empat kerusi tersebut tetapi jumlah undi UMNO jauh lebih tinggi berbanding Pas – jadi tak kanlah UMNO nak beri kerusi yang mereka boleh menang.

Di Simpang Jeram – UMNO mendapat 6,953 undi manakala Pas 2,136 undi, di Maharani UMNO peroleh 6,791 undi manakala Pas 3,869 undi, di Parit Yaani UMNO -74,75 undi manakala Pas 2,943 dan Puteri Wang UMNO mendapat 12,586 undi manakala Pas hanya 2,654 undi.

Berdasarkan angka-angka itu ‘anda fikir UMNO ada masa….’’nak bagi kepada Pas bertanding? Lagipun itu antara 22 kawasan sasaran UMNO untuk dirampas atau diambil semula!

Sebenarnya tidak ada masalah sama ada Pas mahu bersama PN atau Muafakat Nasional tetapi buatlah ketetapan secara rasmi supaya pengundi dan penyokong Pas tidak pening dan lebih penting daripada itu Pas tidak dianggap sebenarnya mahu berkawan dengan siapa yang boleh membawa keuntungan politik kepada parti itu sahaja.

Janganlah seorang pemimpin bercakap lain, seorang lagi bercakap lain. Semua itu menunjukkan Pas tidak ada pendirian dan berkeceramuk serta teraba-raba mencari haluan politik demi meraih kuasa.

Malah penulis yakin Bersatu pun memahami apa yang sedang berlaku dalam Pas, tetapi Bersatu berpegang kepada perjanjian dan setiakawan. Bersatu cuba melayan Pas dengan sebaik-baiknya sehinggakan sanggup memberikan kerusi yang diinginkan oleh Pas dalam PRN Melaka baru-baru ini.

Selain itu dalam keadaan apa-apa pun sejak bekerjasama dengan Pas , pemimpin-pemimpin Bersatu tidak pernah membuat kenyataan yang menunjukkan mereka mahu mencari sekutu baru tetapi segelintir pemimpin Pas bagaikan tidak tahu menjaga hati pemimpin Bersatu.

Maka atas alasan perpaduan ummah, ada antara mereka bercakap soal kerjasama dengan UMNO tetapi hakikatnya orang mentafsirkan Pas sebenarnya mahu mencari keuntungan politik. Lagipun apa gunanya bercakap soal perpaduan ummah, kalau dalam Pas sendiripun perpaduannya berantakan?

Justeru Pas harus menghentikan sikap berdolak dalik dalam percaturan politiknya. Jika benar tidak mahu lagi dengan PN, cakap sahaja secara terus terang, tidak payah terus bersilat lidah atau menghamburkan madah berhelah! Sebenarnya penulis melihat sikap Pas itu tidak akan menguntungkan parti itu.

Sebaliknya rakyat khususnya orang Melayu melihat Pas bermain politik. Kalau sikap ini berterusan tidak mustahil, Pas bertanding di manapun , parti itu akan ditolak dan jangan terkejut akibat sikap tidak konsisten dan bercelaru pemimpin Pas dalam soal hubungan dengan PN dan MN, penyokong mereka sendiri akan menolak parti tersebut.

Ini bukan zaman 90an, yang penyokong Pas akan patuh sahaja apa kata pemimpin mereka, sekarang era tahun 2000 yang mereka boleh menilai dan menganalisis setiap gerakan politik oleh pemimpin parti itu dan apa yang berlaku dalam parti…jadi cukup-cukuplah berdolak dalik, berterus terang sajalah… Zulkiflee Bakar Utv

Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!

Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker