Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO



Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO

Umno seperti kembali dirasuk sifat asalnya, iaitu tamak kuasa dan rakuskan kerusi, kata ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik selepas parti itu hanya ditawarkan empat kerusi oleh Umno sekiranya mahu bekerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Dakwanya, kemenangan Umno dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini juga hasil bantuan dan pertolongan PAS dan ternyata parti itu sama sekali sudah lupa mengenainya.

“Umno sudah semacam kembali dirasuk sifat asal mereka, iaitu tamakkan kuasa dan rakuskan kerusi. Umno sudah lupa sama sekali dengan kemenangan yang mereka perolehi dalam PRK sebelum ini hasil bantuan dan pertolongan PAS.

“Namun kelihatannya tiada pawang lagi yang mampu merawat Umno selain sebuah kekalahan,” katanya di Facebook.




Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan “bukan cara baik” apabila parti itu hanya ditawarkan empat kerusi oleh Umno untuk bekerjasama dalam PRN Johor.

Memetik laporan Malaysiakini, PAS pada asalnya berminat untuk meletakkan calon di semua kerusi yang gagal ditawan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lalu namun ia kemudiannya hanya ditawarkan empat kerusi.

Bagaimanapun, Mokhtar berpendapat Umno perlu diberikan lebih kerusi dalam PRN Johor, namun dengan syarat ia tidak mampu membentuk kerajaan sendiri.

Katanya, semua pihak harus menerima hakikat bahawa ahli Umno lebih ramai daripada PAS dan Bersatu di negeri berkenaan.

“Tidak salah jika memberikan Umno lebih kerusi berbanding PAS dan Bersatu kerana hakikatnya ahli Umno lebih ramai daripada keahlian PAS dan Bersatu.




“Tetapi lebihan kerusi itu jangan sampai Umno mampu membentuk kerajaan sendiri tanpa PAS dan Bersatu,” katanya.

Namun beliau berkata, BN yang ditunjangi Umno kini bukanlah sebuah parti yang perkasa dengan akar umbi “mendengar kata” presidennya.

“Sekarang Umno zaman Zahid (Hamidi). Zaman ahli dah tak dengar kata presiden. Zaman Umno dah bermazhab-mazhab. Zaman Umno dah banyak klusternya. Hakikatnya Umno belum sihat daripada tumbukan PRU14 yang lalu.

“Pada saya Umno boleh dipapah dan dibantu untuk kuat tetapi tidak boleh dirawat sehingga menjadi terlalu kuat kerana bila berasa terlalu kuat Umno akan mula lupa dan hilang keinsafannya,” katanya.

“Apa yang saya bayangkan itu ternyata benar. Itulah yang sedang berlaku kepada Umno sekarang. Umno dah rasa terlalu sihat sebelum rawatan selesai. Umno dah rasa sangat kuat,” tambahnya.




Justeru beliau menasihatkan Umno supaya belajar merendah diri dan menghormati setiakawan dalam berpolitik dengan kembali menguatkan gabungan Umno-PAS-Bersatu untuk menentang Pakatan Harapan (PH).

“Tiada pilihan bagi Umno selain menguatkan barisan Umno+PAS+Bersatu. Tapi dengan syarat jangan nak jadi ‘Abang Long’. Setakat jadi ‘Abang Ngah’ tu boleh. Belajar tawaduk dan setiakawan kerana gabungan ketiga-tiga parti gergasi orang Melayu ini sudah cukup untuk menyekat PH kembali berkuasa,” katanya.

Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.