PRNJohor: Antara Maszlee, Onn Ghazi dan Marina

PRNJohor: Antara Maszlee, Onn Ghazi dan Marina

Menjelang detik pengundi membuat pilihan bagi memberikan mandat kepada kerajaan baru di Johor, kerusi Layang-Layang menjadi antara tumpuan utama pelbagai pihak.

Dalam PRU lalu kerusi itu dimenangi calon BN, Onn Hafiz Ghazi. Cucu Onn Jaafar dan anak saudara Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein itu mengatasi pencabar lain di situ dengan kelebihan 364 undi.



PKR dan DAP sama-sama menunjukkan minat untuk meletakkan calon di situ bagi cuba mengetepikan Onn yang bertanding buat kali pertama pada 2018.

Umumnya persefahaman dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) ialah, setiap parti komponen tidak boleh menuntut sebarang kerusi yang dimenangi mereka. Namun di Layang-Layang gabungan itu gagal menawan kerusi tersebut.

Justeru ia terbuka untuk dirundingkan dalam kalangan parti PH dan pembangkang.

Walaupun biasanya kerusi berkenaan ditandingi PKR, DAP juga dikatakan melobi untuk mencuba nasib di kawasan pengundi bercampur itu. Antara nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Johor, Marina Ibrahim.



Ia dianggap sebagai langkah strategik untuk menarik sokongan pengundi muda di kawasan parlimen Simpang Renggam. Marina juga adalah antara personaliti Melayu muda yang dikemukakan DAP dalam usaha mengetepikan dakwaan parti itu memusuhi Melayu.

Kerusi Layang-Layang bukanlah kawasan tumpuan pada PRU lalu namun kali ini PKR membayangkan ia mahu menurunkan tokoh berpengaruh, Maszlee Malik, yang juga bekas menteri pendirikan.

Besar kemungkinan PKR tidak akan mudah menyerah kepada DAP. Tambahan pula ada kemungkinan Maszlee akan dinamakan sebagai calon menteri besar daripada PH.

Masih dibincangkan sesama pimpinan



Asalnya bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertanding di kerusi parlimen Simpang Renggam sebagai ahli Bersatu namun enggan mengikuti partinya berpaling tadah dan menjatuhkan kerajaan PH pada 2020.

Maszlee kemudian tersingkir daripada Bersatu.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah, mengesahkan partinya sedang serius melihat kemungkinan menamakan Maszlee sebagai calon PH di Layang-Layang.

Untuk rekod, selain Layang-Layang, kawasan DUN di bawah Simpang Renggam ialah Machap yang dimenangi calon BN, Abd Taib Abu Bakar pada 2018.



Kedua-dua kerusi itu merupakan kawasan pengundi Melayu sebagai majoriti namun mempunyai pemilih bukan Melayu yang besar.

“Pemimpin parti masih berbincang mengenainya. Saya tak pasti 100 peratus tapi saya tak nafikan.

“Apa yang boleh saya katakan, jika penyusunan sudah disahkan nanti, kerusi paling mungkin untuk ditandingi Maszlee ialah Layang-Layang,” kata Puah kepada Malaysiakini.

Perlu dinyatakan, walau Maszlee memenangi kerusi parlimen Simpang Renggam pada PRU ke-14 lalu, PH gagal menawan kedua-dua kerusi DUN yang ada di bawahnya.



Kata Puah, PKR yakin mengatasi Onn Hafiz berdasarkan kepada jumlah perbezaan undi kecil yang memisahkan wakil Umno itu dengan PH.

“Selepas berdepan sedikit kekecewaan pada 2018, ahli akar umbi PKR bekerja keras di Layang-Layang untuk memenangi kerusi tersebut,” katanya.

Maszlee yang dihubungi pula memberitahu Malaysiakini, dia belum dimaklumkan mengenai pencalonannya dalam PRN Johor nanti.

Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, mengesahkan partinya sedang melobi untuk meletakkan Marina di kerusi tersebut.



“Kami sudah mula berbincang mengenai pembahagian kerusi. Persetujuan yang dicapai ialah mana-mana kerusi gagal dimenangi PH, mana-mana parti boleh menyatakan minat (untuk bertanding di situ),” katanya yang juga bekas timbalan Maszlee di Kementerian Pendidikan dulu.

Kesan pelaksanaan Undi18

Satu sumber dalaman DAP yang tahu mengenai rundingan dalam PH memberitahu, mereka mengakui langkah strategik PKR untuk meletakkan Maszlee di Layang-Layang.

Justeru katanya DAP sedang melihat kemungkinan untuk menukar rancangan buat Marina.

Malaysiakini difahamkan antara kerusi yang mungkin dipertimbangkan ialah Senai, sebuah kawasan terletak di bawah parlimen Kulai. Teo merupakan ahli parlimen di situ.

Secara bandingan kerusi Senai lebih selamat. DAP memenanginya dengan majoriti 18,902 undi pada 2018.

Pun begitu DAP boleh berdepan cabaran getir pada PRN akan datang jika jumlah pengundi yang keluar rendah, terutama melibatkan mereka yang bekerja di Singapura dan berdepan kekangan akibat peraturan mengawal Covid-19 dari republik terbabit.

Perubahan dinamik daripada pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik juga boleh memberi kesan.

Secara keseluruhan ada 56 kerusi di DUN Johor. Sebelum dibubarkan pada 22 Jan lalu, PH menguasai 27 daripadanya membabitkan 14 DAP, tujuh PKR dan enam Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb ini bagi menentukan tarikh PRN Johor.

PRNJohor: Antara Maszlee, Onn Ghazi dan Marina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


PRNJohor: Antara Maszlee, Onn Ghazi dan MarinaPRNJohor: Antara Maszlee, Onn Ghazi dan Marina

Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker