Covid-19: Tujuh sekolah di Johor ditutup

JOHOR BAHRU – Tujuh buah sekolah di Johor ditutup seminggu akibat penularan kes Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Aman Rabu berkata, arahan penutupan sekolah itu dibuat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Arahan penutupan bagi membolehkan siasatan dan kawalan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah serta mengenal pasti kontak rapat dengan segera,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang berkata, tiga sekolah berkenaan melibatkan daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik; SK Larkin 1 dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

“SK Nong Chik ditutup bermula 17 hingga 27 Januari, melibatkan tiga murid dan dua guru positif manakala SK Larkin 1 ditutup bermula 22 hingga 28 Januari, melibatkan dua murid dan lima guru positif.

“KV Tanjung Puteri pula ditutup 21 hingga 27 Januari dengan empat murid positif,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker