PRN Johor: Ku Nan sangkal dakwaan UMNO tamak kuasa

SHAH ALAM – Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan mengatakan bahawa partinya dan Barisan Nasional (BN) mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana tamakkan kuasa serta mahu menyusahkan rakyat.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan untuk mengadakan PRN itu adalah bertujuan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat, seterusnya menubuhkan kerajaan negeri yang stabil.

Katanya, UMNO dan BN sentiasa konsisten menyokong pelaksanaan demokrasi dan yakin bahawa pilihan rakyat adalah yang terbaik.

“Biarlah rakyat memilih dan mana-mana parti politik yang berhasrat untuk bertanding, maka kita tunggulah pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

“UMNO dan BN mahukan kerajaan yang stabil iaitu mempunyai mandat penuh secara demokrasi kerana ia akan dapat merencana usaha pembangunan dan kemajuan secara mutlak tanpa berdepan dengan tentangan ideologi berbeza pihak lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

DUN Johor dibubarkan pada Sabtu lalu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan SPR dijangka akan menentukan tarikh PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut menafikan bahawa langkah mengadakan PRN itu adalah bertujuan melepaskan kumpulan dalam UMNO yang digelar sebagai ‘kluster mahkamah’.

Jelas beliau, partinya tetap akur kepada Perlembagaan dan yakin dengan keluhuran undang-undang negara.

Pada masa sama, Tengku Adnan turut mengingatkan pengundi di Johor agar membuat pilihan yang tepat demi agama, bangsa dan negara.

 

PRN Johor: Ku Nan sangkal dakwaan UMNO tamak kuasa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker