Mahathir dipindah dari CCU ke wad biasa

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipindah dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke bilik wad biasa di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.

Datin Paduka Marina Mahathir dalam satu kenyataan berkata, daripada penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Dr Mahathir, negarawan itu didapati semakin pulih.

“Tun Dr Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.

“Sekali lagi, beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berada di Rawatan Rapi Koronari, IJN dan berada di bawah pemantauan rapat oleh pakar perubatan di situ sejak lima hari lalu.

Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar pada 13 Januari.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Mahathir dipindah dari CCU ke wad biasa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker