Kelucahan melampau terhadap ibu saudara, lelaki dipenjara

PETALING JAYA: Seorang lelaki dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana melakukan kelucahan melampau terhadap ibu saudaranya.

Majistret Nordiana Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jan lalu.

Lelaki itu dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang juga ibu saudaranya berusia 34 tahun, di sebuah rumah di Kuala Nerus pada 10.30 pagi, 19 Jan lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker