Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi

Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi

BANGKOK – Seorang lelaki melepaskan kemarahan terhadap sistem pengangkutan teksi di Bangkok, Thailand apabila 23 buah teksi enggan berhenti untuk mengambilnya sebagai penumpang, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki itu mendakwa bahawa pemandu teksi di kawasan Asoke bersikap berat sebelah kerana hanya menerima pelancong asing dan enggan mengambilnya kerana lokasi yang dituju dekat, hanya mengambil masa kurang 15 minit pemanduan.

Pemilik akaun @iceprapadang itu berkata, dia cuba menahan 23 buah teksi semasa menunggu di hadapan kompleks beli belah di kawasan tersebut.

“Hari ini saya memecahkan rekod apabila menahan 23 buah teksi yang enggan berhenti untuk penumpang tempatan.

“Sistem teksi sangat teruk,” tulisnya pada video berkenaan.

Lelaki itu berkata, pemandu teksi memberi pelbagai alasan termasuk tidak melalui laluan yang dituju, ada yang memarahinya kerana jarak terlalu dekat dan ada yang langsung tidak berhenti walaupun tanda kosong penumpang dinyalakan.

Dia akhirnya berjaya menemui teksi yang mahu membawanya ke lokasi yang dituju selepas percubaan ke-24.

“Saya memahami mengapa orang ramai lebih memilih menggunakan perkhidmatan Grab.

“Pemandu teksi yang baik masih ada, namun ia sangat sukar ditemui,” ujarnya. K Online

Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker