Janganlah aniaya OKU macam kami – Fendy Caliph Buskers

Janganlah aniaya OKU macam kami – Fendy Caliph Buskers

Pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun, 31, meminta pihak penganjur ‘show’ agar tidak menganiaya mereka berstatus OKU penglihatan yang mencari rezeki dalam karier seni sebagai penyanyi dan pemuzik.

Fendy meluahkan rasa hatinya berikutan permasalahan dialami Caliph Buskers yang kini menagih bayaran persembahan mereka sebanyak RM10,000 yang belum dilunaskan penganjur.

“Dah seminggu ‘event’ (acara) itu berlalu. Tapi, sampai ke hari ini kami masih tidak menerima apa-apa bayaran daripada pihak penganjur terbabit.

“Janganlah menganiaya kami yang berstatus OKU penglihatan ini,” katanya.

Terdahulu, menerusi akuan media sosial Caliph Buskers, kumpulan itu memuat naik surat perjanjian berkaitan acara persembahan yang disertai mereka di Pulau Pinang.

Berdasarkan kepsyen ditulis, Caliph Buskers merayu pihak penganjur acara terbabit agar membayar wang untuk persembahan nyanyian mereka yang sudah pun selesai dijayakan.

“Tolonglah, kami benar-benar memerlukan wang itu. Kepada pihak penganjur yang berkenaan, tujuan kami membuat perkongsian ini ialah sebagai memberitahu kalian yang kami, ahli kumpulan Caliph Buskers berserta kru sangat memerlukan wang dijanjikan kepada kami dari kerja yang sudahpun kami laksanakan,” tulisnya.

Menurut Caliph Buskers, mereka sudah cukup bertolak ansur dengan tidak menerima bayaran deposit sebelum persembahan dan berharap penganjur juga bertolak ansur untuk dapat membayar sekurang-kurangnya separuh dulu kepada mereka.

“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian.

“Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai membuat persembahan.

“Kami telah mengeluarkan kos untuk membayar minyak, tol dan gaji krew kami. Kami juga telah meluangkan masa, tenaga dan meninggalkan ahli keluarga kerana tempat persembahan yang jauh dengan harapan dapat membawa duit belanja untuk anak dan isteri kami,” tulisnya.

Menurut Caliph Buskers, selepas berkorban segalanya untuk menjayakan persembahan itu, tidak munasabah sekiranya mereka tidak menerima satu sen pun bayaran daripada pihak penganjur.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kumpulan Caliph Buskers merayu pihak penganjur persembahan yang disertai mereka pada 9 dan 10 Disember lalu di Pulau Pinang agar melunaskan bayaran RM10,000 seperti dijanjikan. HM

Janganlah aniaya OKU macam kami – Fendy Caliph Buskers


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker