Sami mati dipijak gajah naik minyak

BANGKOK – Seekor gajah liar memijak sehingga mati seorang sami Buddha di Thailand selepas menyerangnya ketika mangsa berjalan pulang ke sebuah tokong, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rakaman sistem  televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Jaron Suksing, 66, sedang berjalan apabila dia  tiba-tiba diserang seekor gajah jantan dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Sami berkenaan cuba lari menyelamatkan diri, namun gajah liar tersebut lebih pantas menangkapnya.

Dia ditikam  gading gajah sepanjang 50.8 sentimeter sebelum dipijak ketika terbaring di atas tanah sambil meminta pertolongan.



Gajah berusia 10 tahun itu bagaimanapun telah melarikan diri ketika rakan-rakan Jaron menemui mayatnya dalam keadaan berlumuran darah pada keesokan harinya.

“Tiada sesiapa melihat sami Jaron ketika upacara pagi diadakan. Tidak lama selepas itu, kami menemui mayatnya,” kata penjaga tokong, Wasan Meesapan.

Kakitangan yang pada awalnya tidak mengetahui punca kematian Jaron kemudian memeriksa rakaman CCTV dan mengesahkan bahawa seekor gajah menjadi penyebab kepada insiden itu.

Haiwan liar itu didapati mendiami sebuah taman negara yang terletak dekat  tokong tersebut.



Sekumpulan renjer hidupan liar kemudian dikerah  ke lokasi habitat gajah tersebut bagi memantaunya untuk mencegah kejadian sama daripada berulang.

Mereka percaya bahawa gajah tersebut berada dalam keadaan di mana ia menunjukkan tingkah laku agresif dan mengalami peningkatan hormon kerana mahu mengawan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker