PM kata BN sedia tawan semula hati rakyat P Pinang

Semangat yang ditunjukkan BN Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu telah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri berkata semangat itu diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang dua hari lalu, bagi merapatkan lagi silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi PRU15.

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi (dua hari lalu) membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata golongan muda akan sentiasa menjadi keutamaan kepada BN, justeru parti perlu mempertingkatkan gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi golongan berkenaan yang kini menjadi pengundi seawal usia 18 tahun.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon BN pada PRU yang bakal tiba,” katanya.

-Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker