Kematian Ratu Elizabeth II: ‘Imam masjid meninggal dunia pun kami tidak kibar bendera separuh tiang’

Pada Jumaat, sebuah pekeliling daripada JAIS meminta bendera Selangor dikibarkan separuh tiang di masjid dan surau di Selangor bermula Sabtu hingga Isnin tular dalam media sosial.

Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada pihak masjid yang menganggap ia tidak wajar dilaksanakan oleh institusi tersebut.

“Masjid tempat kami membesarkan ALLAH SWT, bukan tempat menzahirkan kesedihan untuk kematian Ratu Elizabeth II.

“Imam masjid meninggal dunia pun kami tidak kibar bendera separuh tiang.

“Maaf. Arahan ini sudah melampau sehingga melibatkan masjid dan surau, tempat kami mengagungkan ALLAH,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurut laporan dari Sihar harian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan surat yang tular pada Jumaat berkenaan arahan kepada masjid dan surau untuk mengibarkan bendera Selangor separuh tiang bermula Sabtu hingga Isnin.

Ia berikutan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman agensi berkenaan, surat berkenaan dikeluarkan pada Jumaat kepada masjid dan surau di Selangor.

“Sah daripada kami (JAIS),” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, beliau sedang mendapatkan pengesahan daripada JAIS mengenai surat tersebut.

“Itu sebenarnya titah Sultan Sharafuddin untuk tiga hari ini kibarkan bendera Selangor separuh tiang di pejabat kerajaan.

“Tapi saya perlu semak dulu kerana titah baginda umum untuk pejabat kerajaan. (Untuk) masjid dan surau, saya tidak pasti, akan periksa dulu,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker