‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’

 

SEPANG: Sampai bila kami mahu dengan babi? Itu persoalan yang dibangkitkan penduduk selepas masalah pencemaran ladang ternakan babi di Tanjung Sepat, di sini tidak pernah selesai lebih 30 tahun lalu.

Biarpun masalah berkenaan sudah muak diajukan kepada pihak berwajib, namun tidak ada apa-apa tindakan segera atau jangka panjang dilaksanakan seolah-olah mereka tidak layak mendapat kehidupan le­bih baik.

Menurut seorang penduduk asal di situ, Amir Sharifuddin, 72, masalah ladang ternakan di sini sudah berlaku sekian lama dan lebih memburukkan apabila masalah ini cuba dipolitikkan oleh parti politik yang berkuasa.

Projek ladang ternakan babi moden bernilai RM1 juta pernah dicadangkan untuk dibangunkan pada 15 tahun lalu apabila ada dalam kalangan penduduk turut dibawa ke Jerman untuk melihat sendiri model ternakan di negara itu menggunakan teknologi bersih berjauhan dengan kawasan penduduk.



Namun, katanya, cadangan itu terkubur begitu sahaja dan pernah dijadikan modal politik pihak pembangkang kononnya mendesak kerajaan memajukan ladang ternakan di sini bagi membela nasib penduduk.

Bagaimanapun, ia tetap tidak dibangunkan selepas Kerajaan Negeri Selangor bertukar pemerintahan dan dijanjikan pula projek ternakan mega.

Ia kemudian dibantah penduduk kerana pembinaan yang dicadangkan itu di lokasi sama berdekatan kawasan perumahan sedangkan masyarakat mahu ia dipindahkan ke lokasi tapak lain yang jauh dari penduduk.

“Akibat bantahan itu, projek mega itu tidak dibuat dan disenyapkan dengan alasan penduduk tidak setuju. Sudah lebih 30 tahun saya tinggal di sini terpaksa hidu bau busuk dan ia lebih teruk apabila setiap kali selepas hujan dan menganggu solat jemaah di surau.



“Keadaan ini berlaku apabila ladang ternakan ini beroperasi tidak mengikut sistem betul. Sistem buangan sepatutnya perlu ada empat kolam sebagai tapisan sebelum disalurkan ke laut. Namun kita boleh tengok sendiri air yang dibuang sangat hitam dan mencemarkan laut,” kata pesara kerajaan itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

TAJUNG SEPAT

Menyokong pendapat sama, Presiden Perahu Layar Negeri Selangor, Abdul Aziz Abdullah berkata, kawasan Tanjung Sepat pernah dicadangkan sebagai kawasan eko pelancongan kerana ia merupakan sebuah kawasan peranginan pantai yang cantik.

Bagaimanapun, kewujudan ladang ternakan ini terus mematikan kawasan ini seolah-olah menjadi sebuah tempat menjijkkan dan kawasan pantai bertukar seperti kolam buangan. Pelancong hanya datang di sini hanya untuk membeli daging babi.

“Pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan atau penguatkuasaan dilaksanakan ala kadar menyebabkan pengusaha ladang bermaharajalela dengan beroperasi tanpa mengikut sistem yang betul dan sewenang-wenangnya membuang sisa air buangan ke laut, “ katanya.



Seorang lagi penduduk asal Kampung Tumbuk Darat di sini, Mazni Shamsuddin, 50, berkata, kira-kira 7,000 penduduk di sini masih mengharapkan satu tindakan penyelesaian dilaksanakan walaupun isu ini sudah lama.

Katanya, wakil rakyat di sini sepatutnya menjadikan masalah berkenaan sebagai isu utama untuk diselesaikan, namun nasib penduduk seperti mereka tidak dipedulikan.

“Kita faham ternakan babi merupakan sumber perniagaan dan pendapatan negara kerana ia turut dieksport ke luar negara.

Namun, sistem operasi ladang ini amat tidak betul dan mengambil hak penduduk demi keuntungan pengusaha,” katanya yang turut memberitahu kira-kira 500 warga asing bekerja di ladang ternakan itu.- UTUSAN

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker